Saturday 25 May 2013

Sambutan Maulidurrasul

PERINCIAN :
· TARIKH : 24 Januari 2013 (Khamis)
· MASA : 8.00pg - 12.30 tgh   
· TEMPAT : Padang dan Dewan Bestari, KVSI

· SASARAN : Semua  pelajar asrama dan pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Perarakan, pertandingan dan forum
· ANJURAN : Unit  Perhubungan Awam, Jabatan Kemanusiaan dan Biro Bina Insan
· PANEL: Moderator - Us Onn @ Azahari Abd Rahman (SK Padang Tenggala)

               Ahli-ahli panel - Us Mohd Suhaimi (SK Sg Wangi);  Us Syed Al Bakri (SK Kg   
               Tambahan, Manjoi); dan Uszh Marsirah Mustapah (SMKA Sultan Azlan Shah, Bota)

PENGENALAN :
Sambutan Maulidurrasul peringkat kolej diadakan bagi mengingati kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Tema sambutan pada tahun ini ialah ’Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah’. Sambutan bermula pada jam 8.00 pagi dengan pertandingan sepanduk, ucapan Tuan Pengarah, deklamasi sajak dan selingan nasyid dari pelajar KVSI. Pelajar dan jemputan seterusnya berarak bersama dengan membaca selawat ke Dewan Bestari untuk program forum. Jemputan seterusnya menjamu selera di Dewan Makan Aspuri pada jam 12.30 tgh.

MATLAMAT :
Sambutan diadakan bagi menerapkan disiplin diri yang baik ke dalam diri  remaja kini melalui penghayatan sirah Rasulullah s.a.w.di samping mendalami ilmu mengenai sejarah Islam. 

PENUTUP :

Semoga program berbentuk keagamaan ini dapat diteruskan demi mempertingkatkan sahsiah diri remaja khasnya dalam melalui kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Persembahan dari kumpulan nasyid KVSI
Barisan pelajar asrama puteri
Ucapan pengerusi majlis, saudara Akil
Perarakan maulud dari barisan pelajar aspura
Di antara sepanduk yang disediakan

No comments:

Post a Comment