Saturday, 25 May 2013

Larian Ria

PERINCIAN :
· TARIKH : 16 Februari 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 - 11.00 pagi      
· TEMPAT : Padang, KVSI dan kawasan sekitar berhampiran kolej yang digunakan

                   sebagai trek larian
· SASARAN : Semua  pelajar KVSI
· AKTIVITI : Taklimat, larian dan majlis penyampaian  hadiah
· ANJURAN : Unit Sukan dan Kokurikulum
· PERASMI : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Noor, Tuan Pengarah KVSI

PENGENALAN :

Aktiviti Larian Ria  merupakan acara tahunan Unit Sukan dan  Kokurikulum KVSI dan  bertindak sebagai  pembuka tirai unit ini bagi sesi 2013. Larian Ria ini telah berjalan dengan lancar dengan keadaan cuaca yang sangat baik. Sepanjang larian ini diadakan, tiada seorang pelajar pun yang mendapat kecederaan.  

MATLAMAT :
Tujuan utama Larian Ria diadakan adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan pelajar dan membudayakan gaya hidup sihat. Di samping itu, pihak kolej juga dapat mencungkil bakat baru dalam acara olahraga. 

PENUTUP :

Acara Larian Ria yang merupakan   pembuka tirai bagi Unit Sukan dan  Kokurikulum diharap dapat menyemarakkan semangat pelajar untuk mengambil bahagian yang lebih aktif  dalam acara kejohanan olahraga  tahunan yang bakal diadakan kelak.  

Bersiap sedia di garisan permulaan
Di antara peserta yang tiba awal di garisan penamat
Berehat sebentar sementara menunggu keputusan diumumkan
Pemenang di kalangan peserta perempuan

No comments:

Post a Comment