SYARAT UMUM KEMASUKAN KE PROGRAM KV
* Calon adalah Warganegara Malaysia;
* Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan
di bawah kelolaan KPM;
* Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi
Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
* Calon sihat tubuh badan;
* Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan
(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada
melaksanakan kerja amali);
* Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA;
* Calon bebas daripada masalah mental;
* Calon berminat dengan program yang dipohon.
SYARAT KHUSUS KEMASUKAN KE PROGRAM KV
* Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
* Calon memperoleh sekurang-kurangnya band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
SYARAT PENYETARAAN 3 KREDIT SPM
* PNGK Akademik : > 3.33
* PNGK Vokasional : > 3.67
* Kepujian BM KV (1104)
* Lulus Sejarah KV (1251)
* Kompeten semua modul vokasional
** Selepas tamat pengajian di peringkat SVM, pelajar layak memohon pekerjaan sebagai penjawat awam. **
SYARAT KELAYAKAN KE PROGRAM DVM
* Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
* Kepujian BM 1104
* PNGK Akademik : > 2.0
* PNGK Vokasional : > 2.67
* Kompeten semua modul vokasional
* Kepujian 3 daripada 5 mata pelajaran setara SPM
SIJIL YANG AKAN DIPEROLEHI
Setelah tamat pengajian, sijil yang akan diperolehi oleh pelajar (sekiranya memenuhi syarat):
* Sijil Vokasional Malaysia (SVM): 2 tahun**
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3: 2 tahun**
* Diploma Vokasional Malaysia (DVM): 4 tahun 6 bulan**
** merujuk kepada Tempoh Pengajian
VIDEO KORPORAT MENGENAI KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
(DIHASILKAN PADA 2014)
P
No comments:
Post a Comment