Saturday 25 May 2013

Sambutan Hari Guru

PERINCIAN :
· TARIKH : 17 Mei 2013 (Jumaat)
· MASA : 8.30 pagi - 12.00 tgh           
· TEMPAT : Dewan Bestari dan Dewan Makan   Aspuri KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah dan pelajar KVSI
· AKTIVITI : Ucapan Timbalan Pengarah Akademik dan YDP MPK, Persembahan, Anugerah 
                    Guru dan Cabutan Bertuah serta Jamuan Makan
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam
· PELAKSANA : Lembaga pengawas KVSI, dibantu oleh Pengawas Pusat Sumber dan PRS

 PENGENALAN :
Sambutan Hari Guru bagi 2013 kali ini dirancang oleh Unit Perhubungan Awam KVSI dengan kerjasama pihak pegawai perkhidmatan kerajaan. Pihak lembaga pengawas telah diberi mandat untuk melaksanakan program yang telah dirancang.Acara awal yang dirancang iaitu Sukaneka terpaksa   dibatal kerana hujan lebat yang turun pada sebelah pagi. Sambutan  terpaksa diteruskan dengan acara di dewan. Walaupun berlaku perubahan acara secara tiba-tiba, sambutan keseluruhan berjalan lancar dan berjaya.

MATLAMAT :
Sambutan Hari Guru ini bertujuan untuk menghargai jasa yang dicurahkan oleh setiap warga pendidik khasnya yang berkhidmat di KVSI. Sambutan ini juga dapat mengeratkan          hubungan bukan sahaja sesama  warga KVSI tetapi juga pihak ibu bapa yang diwakili oleh YDP Majlis Permuafakatan Kolej, En Wan Ibrahim bin Wan Ahmad.

PENUTUP :
Keseluruhan sambutan berjalan dengan penuh jayanya. SELAMAT HARI GURU. ‘GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI  1AGENDA’ 


Persembahan pelajar
Memotong kek
Bacaan ikrar

No comments:

Post a Comment