Sunday 26 May 2013

Majlis Perpisahan Tuan Haji Rosle

PERINCIAN :
· TARIKH : 18 MAC 2013 (Isnin)
· MASA : 1.00 - 2.00 ptg        
· TEMPAT : Dewan Makan   Aspuri, KVSI
· SASARAN : Yang diraikan, Tn Hj Rosle Chik Rus dan semuapensyarah KVSI
· AKTIVITI : Ucapan, Penyampaian  hadiah dan Jamuan Makan
· ANJURAN : Kelab Kebajikan Staf Kolej (KKSK)
· YANG DIRAIKAN : Tn Hj Rosle Chik Rus (kini berpindah ke SMK Teluk Beluru, Kuala
                               Kangsar)

PENGENALAN :
Majlis Perpisahan yang diadakan khas buat Tn Hj Rosle bin Chik Rus telah diadakan pada hari Isnin, 18 Mac 2013. Tn Hj Rosle merupakan salah seorang guru yang asalnya mengajar subjek Fizik bagi pelajar aliran teknik. Kemudiannya, beliau diminta mengajar subjek Sains Gunaan apabila sekolah menengah teknik pada masa itu bertukar kepada sekolah menengah vokasional. Akhirnya, oleh kerana sekolah menengah   vokasional telah menjadi kolej vokasional, beliau terpaksa mengajar Sains bagi aliran kolej. 

MATLAMAT :
Majlis perpisahan ini diadakan sebagai tanda penghormatan akan jasa Tn Hj Rosle yang telah lama berkhidmat di Kolej Vokasional Seri  Iskandar bukan sekadar guru subjek tetapi beliau juga merupakan Guru Kanan Sains dan  Matematik dan sebelum bertukar, beliau adalah Ketua Jabatan Teras Umum.

PENUTUP :
Terkenal sebagai guru yang paling 'cool', dido'akan akan semoga Tn Hj Rosle bin Chik Rus akan terus memberi  sumbangan yang cemerlang di sekolah baru.

Ucapan perpisahan
 Majlis penyampaian cenderamata
Jamuan makan

No comments:

Post a Comment