Thursday 30 May 2013

Majlis Perpisahan Tuan Haji Mohd Fathilah Mohd Noor

PERINCIAN :
· TARIKH : 29 MEI 2013 (Rabu)
· MASA : 12.45 - 3.00 ptg             
· TEMPAT : Hotel Putra, Seri Iskandar
· SASARAN : Yang diraikan, Tn Hj Mohd Fathilah Mohd Noor, Tuan Pengarah KVSI
· AKTIVITI : Ucapan, Penyampaian  hadiah, Jamuan Makan dan Sesi Bergambar
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam
· YANG DIRAIKAN : Tn Hj Mohd Fathilah Mohd Noor, Tuan Pengarah KVSI yang 
                                            akan bertugas di SMV Grik sebagai Pengetua Cemerlang

PENGENALAN :
Majlis Perpisahan khas buat Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Noor telah  diadakan pada hari Rabu, 29 Mei 2013 di Hotel Putra. Tetamu VIP yang hadir termasuklah YDP MPK En Wan Ibrahim serta AJK MPKnya. Tn Hj Mohd Fathilah telah mula  bertugas pada tahun 1992 di SMV Seri Iskandar ketika itu sebagai guru Matematik dan seterusnya memegang beberapa    jawatan khas  dalam pentadbiran sekolah dan kolej.

MATLAMAT :
Majlis perpisahan ini  diadakan sebagai tanda penghormatan akan jasa Tuan Pengarah yang   telah bersama-sama mengharumkan nama  Sekolah Menengah  Vokasional Seri Iskandar dan seterusnya Kolej Vokasional Seri  Iskandar selama lebih kurang 20 tahun.

PENUTUP :
Majlis  yang pada mulanya menghadapi beberapa masalah teknikal ini telah berjaya  diadakan dengan penuh kesyahduan. Semoga Tuan Pengarah  akan terus sukses  dalam menabur jasanya dalam bidang pendidikan. 


"Biarpun linangan airmata mengakhiri pertemuan, moga secebis ingatan sentiasa  dikepilkan dalam  kalungan do’a."

Majlis Penyampaian hadiah


Di antara pensyarah yang turut menghadiri majlis
Ucapan Tuan Haji Mohd Fathilah, Tuan Pengarah KVSI









No comments:

Post a Comment