Saturday 25 May 2013

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturrahim

PERINCIAN :
· TARIKH : 21-26 Januari 2013
· MASA : 8.00pg - 5.00 ptg            
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua  pelajar tingkatan 4 aliran kolej dan SKM
· AKTIVITI : Ceramah dan  berkumpulan
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya
· PERASMI : En Rosdy bin Abdullah (Pengurus Besar Nihon Canpack (M) Sdn Bhd)


PENGENALAN :
Hari Pendaftaran pelajar tahun 1 aliran kolej dan  pelajar tingkatan 4 SKM diadakan pada hari Isnin, 21 Jan 2013. Pendaftaran berjalan lancar sehingga jam 10.00pagi dan disambung semula pada jam 11.00pagi selepas  taklimat daripada Tuan Pengarah KVSI, Tn Hj Mohd Fathilah b Mohd Noor.
Minggu Silaturrahim bermula pada hari Selasa hingga Jumaat dan perasmian penutup   diadakan pada hari Sabtu.

MATLAMAT :
Minggu Silaturrahim ini  diharap dapat  mengeratkan hubungan pelajar dengan pensyarah kolej di samping pelajar sesama sendiri. Ianya juga dapat memberi gambaran jelas mengenai pengajian di kolej melalui sesi taklimat dan ceramah yang diadakan.

PENUTUP :
Adalah menjadi harapan pihak pengurusan kolej agar pelajar dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baharu di samping dapat mempertingkatkan disiplin diri semasa di kolej dan juga asrama.

Pendaftaran pelajar 
Lawatan ke salah satu bengkel
Barisan pengurusan KVSI bersama perasmi program
Salah satu persembahan pelajar

No comments:

Post a Comment