Thursday 30 May 2013

Peperiksaan !

PERINCIAN :
· TARIKH : 13 - 16 2013, 20 - 28 Mei 2013 dan 20 - 29 Mei 2013
· MASA : 8.00 pg - 5.00 ptg             
· TEMPAT : Dewan Bestari dan kelas serta bengkel terlibat, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar, KVSI
· AKTIVITI : Peperiksaan bertulis dan amali
· ANJURAN : Unit Penilaian dan Pentaksiran, KVSI
· PENGAWASAN:  Pensyarah KVSI. Seorang pegawai dari Lembaga Peperiksaan 
                                        telah mengadakan pemantauan peperiksaan amali pada 20 Mei 
                                        2013.

PENGENALAN :
Pada 13 - 16 Mei yang lalu, pelajar aliran KV telah menghadapi peperiksaan bertulis semester 1 bagi subjek akademik dan seterusnya menjalani peperiksaan amali mulai 20 - 28 Mei 2013. Sementara itu, pelajar aliran vokasional menghadapi peperiksaan pertengahan tahun mulai 20 - 29 Mei 2013. Peperiksaan bertulis bagi diadakan di Dewan Bestari dan bebeberapa kelas tertentu bagi menampung masalah tempat yang terhad di dewan. Peperiksaan amali bagi aliran kv diadakan di bengkel masing-masing.

MATLAMAT :
Peperiksaan ini diadakan bagi melihat pencapaian pelajar bagi separuh penggal pertama bagi pelajar tingkatan 5 atau pencapaian semester 1 bagi pelajar aliran kv. Pelajar tingkatan 5 tahun ini  merupakan calon terakhir yang akan menduduki SPM bagi KVSI.

PENUTUP :
Diharapkan keputusan yang bakal diterima oleh pelajar kelak akan menyuntik semangat pelajar untuk terus memperbaiki prestasi diri dan mencari strategi terbaik untuk terus cemerlang demi mencapai cita-cita di hati.

Pelajar aliran kv menjalani peperiksaan amali di bengkel masing-masing


Pelajar aliran vokasional menduduki peperiksaan pertengahan tahun











No comments:

Post a Comment