Sunday, 26 May 2013

Program Motivasi Kerjaya

PERINCIAN :
· TARIKH : 9 Mac 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 pagi - 1.00 tgh
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI (bagi pelajar tingkatan 5) 
dan kawasan sekitar kolej (bagi 
                   pelajar tingkatan 4)
· SASARAN : Semua pelajar KVSI
· AKTIVITI : Seminar Kerjaya oleh Ad Tec Taiping dan aktiviti pertandingan berkumpulan
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya

· PENCERAMAH : Fasilitator dari Ad Tec bagi seminar dan pensyarah bertugas bagi
                             pertandingan.


PENGENALAN :
Program ini diadakan dalam dua bentuk di mana pelajar  tingkatan lima didedahkan dengan teknik menulis resume dan cara-cara menghadapi temuduga manakala pelajar tingkatan empat mengikuti pertandingan dalam kumpulan. Di antara pertandingannya ialah rekacipta, eksplorasi kerjaya, kain rentang, melukis poster dan teka silangkata. 

MATLAMAT :
Program bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai prosedur yang betul dalam menulis resume dan menghadiri temuduga. Objektif utama pertandingan pula adalah untuk memupuk sikap kerjasama dalam menyelesaikan masalah kumpulan. 

PENUTUP :
Semoga kedua-dua program dapat mencapai objektifnya dan pelajar mendapat kemahiran baru dalam menghadapi sebarang situasi. 

Ceramah kerjaya untuk pelajar tingkatan 5
Pelajar tingkatan 4 mengambil bahagian aktif dalam pertandingan yang dianjurkan

No comments:

Post a Comment