Sunday 26 May 2013

Hari Bertemu Waris Pelajar Harapan

PERINCIAN :
· TARIKH : 18 Mac 2013 (Sabtu)
· MASA :  8.00 pagi - 1.00 tgh         
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah dalam pembelajaran

· AKTIVITI : Ceramah Motivasi oleh Al Fadhil Ustadz Munawir dan diikuti dengan sesi 
                  perbincangan di antara pelajar sasaran dan ibu bapa atau penjaga
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya
· PENCERAMAH : Ustadz Munawir   


PENGENALAN :

Program ini diadakan bagi menangani masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan pelajar tingkatan lima yang telah dikenalpasti bermasalah oleh guru kelas masing-masing. Pelajar yang disasarkan adalah mereka yang bermasalah dalam pembelajaran sehingga memberi kesan negatif yang menjejaskan pencapaian dalam pelajaran mereka. 

MATLAMAT :
Program bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa atau penjaga kepada  pelajar dan pihak kolej melalui perbincangan mengenai masalah anak masing-masing. 

PENUTUP :
Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar khasnya akan            keprihatinan pihak kolej akan pencapaian mereka dalam bidang pelajaran. Diharap pelajar dapat mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki keputusan pencapaian mereka dan  meyakinkan kedua-dua pihak samada ibu bapa atau penjaga dan guru bahawa mereka akan berusaha untuk lebih maju dalam pelajaran dan menaikkan nama kolej.

Di antara penjaga yang hadir bagi membincangkan prestasi akademik anak masing-masing bertepatan dengan  objektif program SARANA kolej
Perbincangan
Taklimat oleh Timbalan Pengarah Akademik
Ceramah oleh penceramah jemputan

No comments:

Post a Comment