Saturday 25 May 2013

Gotong-Royong Asrama KVSI

PERINCIAN :
· TARIKH :Setiap Ahad sepanjang 2013
· MASA : 8.30 - 9.30 pagi
· TEMPAT : Asrama, KVSI
· SASARAN : Semua  pelajar dan warden bertugas KVSI
· AKTIVITI : Agihan lokasi mengikut dorm, agihan alatan dan gotong royong
· ANJURAN : Pengurusan asrama
· AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA : AJK Kebersihan AJK Keceriaan dan Ketua Blok

PENGENALAN :
Aktiviti gotong royong di peringkat asrama samada putera dan puteri dilaksanakan selama satu jam setiap hujung minggu bagi memastikan prinsip 5S terus disemai dalam diri setiap warga asrama. Agihan lokasi kepada setiap pelajar adalah mengikut dorm agar setiap kumpulan atau dorm mempunyai peluang membersihkan setiap kawasan mengikut pusingan giliran.

MATLAMAT :
Aktiviti sebegini perlu dilaksanakan bagi memastikan keadaan di asrama sentiasa bersih. Ianya juga dapat menyemai sikap sayangkan harta kolej dan asrama. Pelajar juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

PENUTUP :
Semoga,matlamat yang ingin dicapai melalui  aktiviti gotong royong ini dapat dipraktikkan oleh setiap individu pelajar bukan sahaja di asrama dan kolej tetapi juga di rumah dan bersama masyarakat. Asrama bersih, penghuni sihat!
Gotong-royong dijalankan
Mengemas
Agihan lokasi gotong-royong

No comments:

Post a Comment