Monday 30 September 2013

Hari Kokurikulum

PERINCIAN
· TARIKH : 5 Julai, 23 Ogos, 20 September 2013 (Jumaat) : 3 fasa
· MASA :  3.00 - 5.00 ptg
· TEMPAT :  Sekitar KVSI
· SASARAN : Semua pelajar KVSI
· AKTIVITI :  Fasa 1 :  Pertandingan bola tampar,  badminton dan arahan kawad  
                     Fasa 2 :  Pertandingan logo merdeka, poster PBB, nyanyian lagu asli dan kawad                                             hos  
                     Fasa 3 :  KVSI Got Talent,  Penutup
· ANJURAN :  Unit Sukan &  Kokurikulum
· PELAKSANA  : Jawatankuasa Kecil yang telah dibentuk mengikut fasa      



 PENGENALAN
Hari Kokurikulum peringkat kolej telah diadakan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1 (5 Julai),  Fasa 2 (23 Ogos)  dan Fasa 3 (20 September). Ianya   dilaksanakan pada waktu kokurikulum iaitu pada hari      Jumaat antara jam 3.00  hingga 5.00 petang di  beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

MATLAMAT
Tujuan diadakan hari  kokurikulum adalah bagi mengisi waktu  kokurikulum pelajar dengan aktiviti yang berfokus dan mengadakan persaingan yang sihat dalam  kalangan mereka.

PENUTUP
Semoga pelajar  bersama-sama mengambil peluang ini untuk menyerlahkan kebolehan dan potensi diri dalam aktiviti  kokurikulum.

‘Badan Sihat,  Minda  Cerdas’




Ekspo Pendidikan Antarabangsa

PERINCIAN
· TARIKH : 21 September 2013 (Sabtu)
· MASA :  9.00 pg -  3.00 ptg
· TEMPAT : Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tg Malim
· SASARAN : Pelajar aliran KV, KVSI
· AKTIVITI :  Lawatan sekitar tapak ekspo
· ANJURAN : Unit Pengurusan Asrama dan Unit Jaminan Kualiti
· PELAKSANAAN :  En Karno bin Andi Rappung, En Mohd Termizi bin Hasan dan pemandu
                               bas

PENGENALAN
Ekspo Pendidikan Antarabangsa yang diadakan di UPSI, Tanjung Malim menyediakan beberapa tapak  pameran yang  memberi  maklumat terkini mengenai  pendidikan  kepada pengunjungnya.

MATLAMAT
Ekspo pendidikan ini banyak memberi maklumat pendidikan  kepada pelajar khasnya dari sekolah menengah mengenai hala tuju mereka setelah  menamatkan persekolahan di sekolah  menengah.

PENUTUP
Semoga program sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap  dalam  bentuk yang mudah dikunjungi pelajar  seperti pameran bergerak ke kolej-kolej di sekitar tanah air.







Kursus Kepimpinan Sukan dan Kokurikulum

PERINCIAN
· TARIKH : 20 - 22 September 2013 ( Jumaat - Ahad )
· MASA :  3 hari dan 2 malam
· TEMPAT : Kem Latihan Sedar, Ayer Tawar
· SASARAN : Pelajar tingkatan 4, KVSI
· AKTIVITI : Ceramah Mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi, Latihan Dalam 
                   Kumpulan, Pengendalian Slot
· ANJURAN : Unit Sukan dan Kokurikulum
· PELAKSANAAN :  Jawatankuasa khas yang dibentuk  sebagai  penceramah dan 
                               fasilitator sepanjang kursus


PENGENALAN
Kursus Kepimpinan Anjuran Unit Sukan dan Kokurikulum pada tahun ini telah berjaya diadakan di Kem Latihan Sedar di Ayer Tawar. Kem melibatkan 33 orang pelajar tingkatan 4 di mana 21       daripadanya adalah pelajar lelaki manakala 12 orang lagi adalah pelajar perempuan.

MATLAMAT
Tujuan kem adalah untuk memupuk ciri kepimpinan dalam  kalangan pelajar yang telah terpilih sebagai peserta kursus. Pelajar juga telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan setiap slot mengikut kreativiti dan gaya tersendiri tetapi masih mematuhi skop yang diperincikan.

PENUTUP
Menerusi program ini, diharap pelajar dapat mengenal pasti kebolehan dan kekuatan diri dan mengasahnya demi kecemerlangan kolej pada  masa akan datang.






Majlis Perpisahan Pn Norpawani Mohamad

PERINCIAN
· TARIKH : 24 September 2013 ( Selasa )
· MASA : 3.00 - 5.00 ptg
· TEMPAT : Hotel Excelsior
· SASARAN : Staf KVSI
· AKTIVITI :  Ucapan,  Penyampaian Hadiah dan Jamuan Makan
· ANJURAN : Kelab Kebajikan Staf Kolej
· YANG DIRAI : Puan Norpawani Mohamad yang akan bertukar ke SMK Main Convent, Ipoh


PENGENALAN
Majlis Perpisahan Pn Norpawani binti Mohamad yang merupakan Ketua Pegawai Tadbir telah diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh dengan dihadiri oleh pegawai perkhidmatan kerajaan, pihak    pengurusan dan pensyarah.

MATLAMAT
Tujuan majlis adalah bagi meraikan Pn Norpawani yang akan  bertukar Sekolah Menengan Kebangsaan Main Convent Ipoh  mulai awal  Oktober.

PENUTUP
Semoga Pn Norpawani akan lebih cemerlang di tempat bertugas dan persekitaran yang baharu.




Sunday 15 September 2013

Lagu Kolej Vokasional Seri Iskandar

"Sentiasa Menjadi Kolej Berkesan"
Penulis Lirik : En Adnan bin Mohd Nawi
Pencipta Lagu : En Wooi Sin Ho

Kolej Vokasional Seri Iskandar
Melaksana transformasi pendidikan
Melahirkan insan berkemahiran tinggi
Memenuhi kehendak industri

Usahawan berjaya pekerja bertauliah
Belajar sepanjang masa
Demi kemajuan mencapai wawasan
Kejayaan masa depan

Pendidikan vokasional 
Aliran utama
Kami menyahut seruan
Jati diri kami zahirkan

Bergerak bersama satu pasukan
Daya usaha ditingkatkan
Kualiti tinggi jadi sandaran
Menggapai impian dan harapan

Akhlak mulia sentiasa amalkan
Patuh kepada Tuhan
Sentiasa menjadi kolej berkesan
Menggapai impian dan harapan
KVSI cemerlang

Sunday 8 September 2013

Majlis Perpisahan Puan Siti Asmak

PERINCIAN
· TARIKH : 30 Ogos  2013 (Jumaat)
· MASA : 3.00 -  4.30 ptg
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua warga KVS
· AKTIVITI : Ucapan Pengarah, Ucapan yang diraikan dan majlis bergambar
· ANJURAN : Kelab Kebajikan Staf (KKS)
· YANG DIRAIKAN : Puan Siti Asmak binti Abdul Majid yang akan  bertukar ke KV Temerloh,                                            Pahang

PENGENALAN
Majlis Pertukaran Puan Siti Asmak binti Abdul Majid telah diadakan serentak bersama dengan Jamuan Hari Raya ’Idul Fitri peringkat KVSI. Puan Siti  Asmak merupakan salah seorang      tenaga pengajar bengkel Binaan Bangunan yang juga merupakan guru data. 

MATLAMAT
Majlis bertujuan untuk meraikan pertukaran Puan Siti Asmak yang telah banyak menaburkan jasanya di kolej ini walaupun dalam tempoh perkhidmatan yang singkat sebagai pensyarah dan juga warden asrama. 

PENUTUPSemoga Puan Siti Asmak akan lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas mendidik di persekitaran yang baharu.





Friday 6 September 2013

Jamuan Hari Raya KKS

PERINCIAN
· TARIKH : 30 Ogos  2013 (Jumaat)
· MASA : 3.00 -  4.30 ptg
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua warga KVS
· AKTIVITI : Ucapan Pengarah, Bacaan do’a dan Jamuan hari raya
· ANJURAN :  Kelab Kebajikan Staf (KKS)
· KEHADIRAN  BERSAMA : Wakil Majlis Permuafakatan Kolej (MPK), pekerja                                                                                pembersihan dan pengawal  keselamatan

PENGENALAN
Majlis Jamuan Hari Raya bagi semua warga KVSI sama ada  pensyarah mahupun staf telah diadakan pada hari Jumaat di antara jam 3.00 hingga 5.00 petang. Jamuan disediakan oleh pengusaha kantin kolej. Di antara juadah yang disediakan termasuklah lemang, lontong, nasi impit, bihun sup, sate dan laksa. 

MATLAMAT
Di samping jamuan bagi menyambut hari raya ’Idul Fitri, majlis juga diadakan bagi mendo’akan  kesejahteraan Tuan Pengarah untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah pada 7 September 2013 nanti. 

PENUTUP
Majlis sebegini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam  kalangan warga KVSI.





Sambutan Hari Kemerdekaan

PERINCIAN
· TARIKH : 30 Ogos  2013 (Jumaat)
· MASA : 8.00 -  9.00 pagi
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah dan pelajar
· AKTIVITI : Ucapan Pengarah, Deklamasi Sajak, Persembahan  Nyanyian,                                                 Penyampaian Hadiah Bersempena Sambutan Kemerdekaan dan                                             Laungan Merdeka
· PERTANDINGAN: Kuiz kemerdekaan, Potret Tokoh dan Hiasan Kelas Merdeka
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam
· PELAKSANAAN : Jawatankuasa khas yang dibentuk

PENGENALAN
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kolej telah diadakan mulai 23 Ogos 2013 dan pelancarannya secara rasmi diadakan pada 30 Ogos 2013. 

MATLAMAT
Tujuan utama sambutan adalah bagi memberi kesedaran dan  melahirkan rasa  kesyukuran di atas   kemerdekaan yang dikecapi negara bagi kali ke-56. 

PENUTUP
Semoga pelajar generasi muda lebih menghargai nikmat  kemerdekaan ini dengan sambutan yang lebih bermoral dan lebih bersifat ketimuran.