Saturday 25 May 2013

Pertandingan Antara Dorm ASPURI

PERINCIAN :
· TARIKH : Setiap 2 bulan sekali  
· MASA : 8.30 - 9.30 pg    
· TEMPAT : Asrama Puteri, KVSI
· SASARAN : Semua  pelajar puteri dan warden asrama puteri KVSI
· AKTIVITI : Pertandingan antara dorm mengikut acara yang ditetapkan
· ANJURAN :  Pengurusan asrama puteri
· PELAKSANAAN : Pertandingan mengikut kumpulan dorm (terdapat 7 dorm kesemuanya)

PENGENALAN :
Pertandingan antara dorm aspuri merupakan aktiviti berkala yang dirancang akan diadakan setiap 2  bulan. Pelajar diagihkan mengikut kumpulan dorm di mana terdapat 7 buah dorm atau kumpulan kesemuanya.Markah setiap  pertandingan akan dikumpul dan di hujung  tahun, majlis penyampaian hadiah akan diadakan.

MATLAMAT :
Tujuan diadakan pertandingan antara dorm ini adalah bagi mengeratkan hubungan di antara ahli dorm di samping dapat mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti berfaedah.

PENUTUP :
Semoga  pelajar dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dan bekerjasama untuk memperoleh kemenangan dorm masing-masing dengan strategi yang positif dan bersih.
Di antara gaya peserta 'Busana Muslimah'

Salah satu pusingan iaitu 'Menyambung Lagu'
Pusingan 'Meneka Situasi' menerusi babak yang dilakonkan
Pusingan 'Dadu Gergasi'
Salah satu acara 'Sukaneka' 
Mendengar penjelasan bagi aktiviti 'Sukaneka'
Memanaskan badan sebelum pertandingan 'Explorace'
Semangat berpasukan kunci kejayaan sesebuah kumpulan

No comments:

Post a Comment