Saturday 25 May 2013

Kursus Kepimpinan Pengawas

PERINCIAN :
· TARIKH : 23 Februari 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 pg - 1.00 tgh              
· TEMPAT : UiTM Seri Iskandar
· SASARAN : Semua pemimpin pelajar KVSI iaitu pengawas, ketua kelas, pengawas
                    Pusat Sumber dan PRS
· AKTIVITI : Ceramah dan aktiviti berkumpulan
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya dan Biro Pengawas, KVSI
· PENCERAMAH : Dikendalikan sepenuhnya oleh badan pelajar UiTM Seri Iskandar

PENGENALAN :
Kursus Kepimpinan Pelajar selama sehari ini untuk pertama kalinya diadakan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh badan pelajar UiTM Seri Iskandar.
Ini merupakan permulaan yang baik bagi mengeratkan hubungan di antara pengurusan kolej dan pelajar kolej khasnya dengan institusi pengajian tinggi yang berhampiran.

MATLAMAT :
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai ciri kepimpinan yang perlu ada di kalangan pemimpin pelajar.
Aktiviti melibatkan slot ceramah untuk membentuk keyakinan diri di samping   aktiviti berkumpulan bagi memupuk sikap kerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah.

PENUTUP :
Semoga input yang diperolehi dapat dipraktikkan oleh pemimpin yang menghadiri kursus.

Sesi perkenalan
Salah satu aktiviti yang dijalankan
Sedia untuk bertolak ke tempat kursus

No comments:

Post a Comment