Sunday 26 May 2013

Pertandingan Kawad Kaki GO

PERINCIAN :
· TARIKH : 11 Mei 2013 (Sabtu)
· MASA :  8.00 pagi - 1.00 tgh       
· TEMPAT : Dataran Kejat KVSI

· SASARAN : Semua pelajar sekolah menengah sekitar Perak Tengah
· AKTIVITI : Pertandingan Kawad Kaki GO
· ANJURAN : Majlis Sukan Sekolah Daerah Perak Tengah
· PERASMI : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Nor, Pengarah KVSI

· PEMENANG :  Johan lelaki : SMKA Sultan Azlan Shah manakala johan  perempuan : KVSeri 
                         Iskandar

PENGENALAN :

Pertandingan Kawad Kaki GO bagi pelajar sekolah menengah di sekitar Perak Tengah telah disertai oleh 3 pasukan lelaki dan 6 pasukan perempuan.Pertandingan diadili oleh para hakim yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah menengah berhampiran.

MATLAMAT :

Program bertujuan untuk memupuk disiplin pelajar menerusi kerjasama berpasukan dengan mematuhi arahan daripada seorang ketua.

Pertandingan ini juga dapat memupuk kreativiti pelajar melalui kawad formasi yang diadun dengan seragam dan penuh variasi. 

PENUTUP :
Pasukan kawad kaki lelaki dari SMKA Sultan Azlan Shah dan Pasukan Kawad Kaki perempuan dari KV Seri Iskandar berjaya  meraih gelaran juara bagi kategori masing-masing. Tahniah!


Pemeriksaan Pakaian Seragam
Kawad Formasi
Salah satu pasukan lelaki
Johan kategori perempuan menerima hadiah dari Tuan Pengarah KVSI

No comments:

Post a Comment