Thursday 30 May 2013

Logo KVSI

LOGO TERKINI 
SELARAS DENGAN 'BRANDING' TERBAHARU 
KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

Hasil ciptaan : En Wan Shahrul Zafran bin Wan Mohamad Sofian
(Pensyarah Kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam)





MAKSUD LOGO


v  Warna kuning menunjukkan ‘core business’ KVSI iaitu vokasional,yang juga melambangkan ‘brand vision’ KVSI “EMPOWERING GENERATIONS THROUGH SKILLS”.

v  Warna merah pula melambangkan ‘brand value’ KVSI iaitu “EFFICIENT, RELIABLE”.

v   Anak Panah berwarna biru tua dan biru muda bermaksud “YOUR SUCCESS IS OUR BUSINESS” iaitu ‘brand business’ KVSI di mana gabungan warna ini bermaksud gabungan tenaga pengajar lama dan baharu bersama untuk mencipta kecemerlangan KVSI.

v  Warna kuning dan warna merah jika digabungkan akan membentuk bulan sabit yang lengkap, membawa makna “EMPOWERING GENERATIONS THROUGH SKILLS” yang selari dengan “EFFICIENT, RELIABLE” untuk membina kecemerlangan.

v  Warna oren melambangkan warna korporat

v  Lingkaran 'gear'  bermaksud bilangan kursus yang ditawar di KVSI


Gambar Warga KVSI

PERINCIAN :
· TARIKH : 29 Mei  2013 (Rabu)
· MASA : 2.40  - 3.00 ptg              
· TEMPAT : Hotel Putra, Seri Iskandar
· SASARAN : Semua warga, KVSI
· AKTIVITI : Sesi bergambar mengikut jabatan atau panitia
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam, KVSI
· JURUGAMBAR : En Wan Shahrul Zafran bin Wan Mohd Sofian,  pensyarah KVSI

 
Jabatan Teras Umum dan Pengurusan Perniagaan



Panitia Automotif dan Amalan Bengkel Mesin

Panitia Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Penyamanan dan 
Penyejukan Udara serta Binaan Bangunan

Panitia Elektrik dan Elektronik

Anggota Pegawai Perkhidmatan Kerajaan

Peperiksaan !

PERINCIAN :
· TARIKH : 13 - 16 2013, 20 - 28 Mei 2013 dan 20 - 29 Mei 2013
· MASA : 8.00 pg - 5.00 ptg             
· TEMPAT : Dewan Bestari dan kelas serta bengkel terlibat, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar, KVSI
· AKTIVITI : Peperiksaan bertulis dan amali
· ANJURAN : Unit Penilaian dan Pentaksiran, KVSI
· PENGAWASAN:  Pensyarah KVSI. Seorang pegawai dari Lembaga Peperiksaan 
                                        telah mengadakan pemantauan peperiksaan amali pada 20 Mei 
                                        2013.

PENGENALAN :
Pada 13 - 16 Mei yang lalu, pelajar aliran KV telah menghadapi peperiksaan bertulis semester 1 bagi subjek akademik dan seterusnya menjalani peperiksaan amali mulai 20 - 28 Mei 2013. Sementara itu, pelajar aliran vokasional menghadapi peperiksaan pertengahan tahun mulai 20 - 29 Mei 2013. Peperiksaan bertulis bagi diadakan di Dewan Bestari dan bebeberapa kelas tertentu bagi menampung masalah tempat yang terhad di dewan. Peperiksaan amali bagi aliran kv diadakan di bengkel masing-masing.

MATLAMAT :
Peperiksaan ini diadakan bagi melihat pencapaian pelajar bagi separuh penggal pertama bagi pelajar tingkatan 5 atau pencapaian semester 1 bagi pelajar aliran kv. Pelajar tingkatan 5 tahun ini  merupakan calon terakhir yang akan menduduki SPM bagi KVSI.

PENUTUP :
Diharapkan keputusan yang bakal diterima oleh pelajar kelak akan menyuntik semangat pelajar untuk terus memperbaiki prestasi diri dan mencari strategi terbaik untuk terus cemerlang demi mencapai cita-cita di hati.

Pelajar aliran kv menjalani peperiksaan amali di bengkel masing-masing


Pelajar aliran vokasional menduduki peperiksaan pertengahan tahun











Majlis Perpisahan Tn Hj Amran

PERINCIAN :
· TARIKH : 29 MEI 2013 (Rabu)
· MASA : 8.30 - 9.30 pg      
· TEMPAT : Kafeteria Kolej, KVSI

· SASARAN : Yang diraikan, Tn Hj Amran Safar 
· AKTIVITI : Ucapan dan Penyampaian  hadiah
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam dan Kelab Kebajikan Staf Kolej (KKSK)

· YANG DIRAIKAN : Tn Hj Amran Safar (kini berpindah ke Kolej Matrikulasi Pontian,    
                                           Johor) 

PENGENALAN :

Majlis Perpisahan yang diadakan khas buat Tn Hj Amran Safar telah diadakan pada hari Rabu, 29 Mei 2013. Tn Hj Amran merupakan salah seorang pensyarah kursus Amalan Bengkel Mesin. Majlis diadakan di ruang makan kafeteria kolej dalam keadaan serba ringkas tetapi suasana yang agak sayu.

MATLAMAT :

Majlis perpisahan ini diadakan sebagai tanda penghormatan akan jasa Tn Hj Amran yang telah berkhidmat di Kolej Vokasional Seri  Iskandar selama lebih kurang 20 tahun.

PENUTUP :
Majlis  yang serba ringkas ini telah berjaya  diadakan walaupun  terdapat kekangan masa di mana pelajar tingkatan 5 sedang menjalani  peperiksaan pertengahan tahun  manakala pelajar aliran kv baru selesai menghadapi peperiksaan amali. Semoga Tn Hj Amran akan terus sukses  dalam kerjaya beliau. 


Majlis Penyampaian Cenderamata dari panitia / jabatan


Di antara VIP yang hadir


   





Majlis Perpisahan Tuan Haji Mohd Fathilah Mohd Noor

PERINCIAN :
· TARIKH : 29 MEI 2013 (Rabu)
· MASA : 12.45 - 3.00 ptg             
· TEMPAT : Hotel Putra, Seri Iskandar
· SASARAN : Yang diraikan, Tn Hj Mohd Fathilah Mohd Noor, Tuan Pengarah KVSI
· AKTIVITI : Ucapan, Penyampaian  hadiah, Jamuan Makan dan Sesi Bergambar
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam
· YANG DIRAIKAN : Tn Hj Mohd Fathilah Mohd Noor, Tuan Pengarah KVSI yang 
                                            akan bertugas di SMV Grik sebagai Pengetua Cemerlang

PENGENALAN :
Majlis Perpisahan khas buat Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Noor telah  diadakan pada hari Rabu, 29 Mei 2013 di Hotel Putra. Tetamu VIP yang hadir termasuklah YDP MPK En Wan Ibrahim serta AJK MPKnya. Tn Hj Mohd Fathilah telah mula  bertugas pada tahun 1992 di SMV Seri Iskandar ketika itu sebagai guru Matematik dan seterusnya memegang beberapa    jawatan khas  dalam pentadbiran sekolah dan kolej.

MATLAMAT :
Majlis perpisahan ini  diadakan sebagai tanda penghormatan akan jasa Tuan Pengarah yang   telah bersama-sama mengharumkan nama  Sekolah Menengah  Vokasional Seri Iskandar dan seterusnya Kolej Vokasional Seri  Iskandar selama lebih kurang 20 tahun.

PENUTUP :
Majlis  yang pada mulanya menghadapi beberapa masalah teknikal ini telah berjaya  diadakan dengan penuh kesyahduan. Semoga Tuan Pengarah  akan terus sukses  dalam menabur jasanya dalam bidang pendidikan. 


"Biarpun linangan airmata mengakhiri pertemuan, moga secebis ingatan sentiasa  dikepilkan dalam  kalungan do’a."

Majlis Penyampaian hadiah


Di antara pensyarah yang turut menghadiri majlis
Ucapan Tuan Haji Mohd Fathilah, Tuan Pengarah KVSI









Sunday 26 May 2013

Senarai Pengetua KVSI

Berikut adalah senarai pengetua yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar sejak 1991 sehingga kini, 2013 :




Pentadbiran Kolej

PENGURUSAN KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

TUAN PENGARAH

CIK NOOR JASMIN BINTI JANAN

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

TN HJ AHMAD AFANDI BIN MEGAT KASIM

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

PN ZAHALIDA BINTI AZIZ

KETUA UNIT JAMINAN KUALITI

EN DAUD BIN MAT TAP

Program BRANDING Kolej

PERINCIAN :
· TARIKH : 6 Mei 2013 (Isnin)
· MASA :  3.15 ptg - 4.40 ptg        
· TEMPAT : Biik Mesyuarat KVSI

· SASARAN : Pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Taklimat mengenai program ‘BRANDING’

· ANJURAN : Pengurusan Kolej
· PENYAMPAI : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Nor, Pengarah KVSI


PENGENALAN :

Program ‘BRANDING’ merupakan salah satu program yang dicadangkan oleh pihak BPTV dan perlu dilaksanakan di peringkat kolej sesuai dengan proses penjenamaan baru sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sendiri tentang keperluan mengujudkan ‘branding’ baharu bagi kolej vokasional. Sesuai dengan ‘branding’ baharu ini, 3 prinsip asasnya telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej seperti berikut :


‘Brand vision’ KVSI ialah :   ‘EMPOWERING GENERATIONS THROUGH SKILLS’       

‘Brand business’ KVSI ialah :   ‘YOUR SUCCESS IS OUR BUSINESS’ dan                   
‘Brand value’ KVSI ialah :   ‘EFFICIENT. RELIABLE’

MATLAMAT :
‘Branding’ baharu kolej vokasional adalah untuk memberi maklumat secara umum kepada masyarakat luar akan kewujudan kolej vokasional sebagai salah satu alternatif             pembelajaran bagi pelajar lepasan menengah rendah yang menjurus kepada kemahiran dan seterusnya memenuhi keperluan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi selaras dengan wawasan 2020. 

PENUTUP :
Semoga dengan penjenamaan baharu ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai tujuan kewujudan kolej vokasional kepada bukan sahaja warga KVSI tetapi juga masyarakat luar di seluruh tanah air.

Taklimat BRANDING oleh Tuan Pengarah KVSI
Sebahagian pensyarah yang menghayati isi taklimat yang disampaikan
Salah satu 'slide' yang ditayangkan

Program SARANA

PERINCIAN :
· TARIKH :  6 Mei 2013  (Isnin)
· MASA : 2.30 ptg - 3.15 ptg       
· TEMPAT : Biik Mesyuarat KVSI

· SASARAN : Pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Taklimat mengenai program SARANA

· ANJURAN : Unit Jaminan Kualiti KVSI
· PENYAMPAI : En Daud bin Mat Tap, Ketua Unit Jaminan Kualiti KVSI


PENGENALAN :

Program SARANA ini merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dan menjadi program Kementerian Pendidikan yang perlu   dilaksanakan oleh semua sekolah dan kolej. Taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti KVSI iaitu En Daud bin Mat Tap. Satu soal selidik juga telah diedar kepada pelajar, guru dan ibu bapa. 

MATLAMAT :
Tujuan utama program SARANA adalah untuk memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dapat dimaksimumkan dan seterusnya sikap dan disiplin diri pelajar dipertingkatkan. Ini dapat dicapai melalui usaha dan program yang melibatkan pihak kolej, ibu bapa dan komuniti setempat.

PENUTUP :
Semoga tujuan yang  tersirat di sebalik program SARANA ini dapat direalisasikan melalui        pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang bakal diduduki nanti, insyaAllah!

Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti
Menjawab soal selidik yang diedarkan
Sebahagian pensyarah yang menghadiri taklimat

Pertandingan Kawad Kaki GO

PERINCIAN :
· TARIKH : 11 Mei 2013 (Sabtu)
· MASA :  8.00 pagi - 1.00 tgh       
· TEMPAT : Dataran Kejat KVSI

· SASARAN : Semua pelajar sekolah menengah sekitar Perak Tengah
· AKTIVITI : Pertandingan Kawad Kaki GO
· ANJURAN : Majlis Sukan Sekolah Daerah Perak Tengah
· PERASMI : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Nor, Pengarah KVSI

· PEMENANG :  Johan lelaki : SMKA Sultan Azlan Shah manakala johan  perempuan : KVSeri 
                         Iskandar

PENGENALAN :

Pertandingan Kawad Kaki GO bagi pelajar sekolah menengah di sekitar Perak Tengah telah disertai oleh 3 pasukan lelaki dan 6 pasukan perempuan.Pertandingan diadili oleh para hakim yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah menengah berhampiran.

MATLAMAT :

Program bertujuan untuk memupuk disiplin pelajar menerusi kerjasama berpasukan dengan mematuhi arahan daripada seorang ketua.

Pertandingan ini juga dapat memupuk kreativiti pelajar melalui kawad formasi yang diadun dengan seragam dan penuh variasi. 

PENUTUP :
Pasukan kawad kaki lelaki dari SMKA Sultan Azlan Shah dan Pasukan Kawad Kaki perempuan dari KV Seri Iskandar berjaya  meraih gelaran juara bagi kategori masing-masing. Tahniah!


Pemeriksaan Pakaian Seragam
Kawad Formasi
Salah satu pasukan lelaki
Johan kategori perempuan menerima hadiah dari Tuan Pengarah KVSI

Hari Bertemu Waris Pelajar Harapan

PERINCIAN :
· TARIKH : 18 Mac 2013 (Sabtu)
· MASA :  8.00 pagi - 1.00 tgh         
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah dalam pembelajaran

· AKTIVITI : Ceramah Motivasi oleh Al Fadhil Ustadz Munawir dan diikuti dengan sesi 
                  perbincangan di antara pelajar sasaran dan ibu bapa atau penjaga
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya
· PENCERAMAH : Ustadz Munawir   


PENGENALAN :

Program ini diadakan bagi menangani masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan pelajar tingkatan lima yang telah dikenalpasti bermasalah oleh guru kelas masing-masing. Pelajar yang disasarkan adalah mereka yang bermasalah dalam pembelajaran sehingga memberi kesan negatif yang menjejaskan pencapaian dalam pelajaran mereka. 

MATLAMAT :
Program bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa atau penjaga kepada  pelajar dan pihak kolej melalui perbincangan mengenai masalah anak masing-masing. 

PENUTUP :
Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar khasnya akan            keprihatinan pihak kolej akan pencapaian mereka dalam bidang pelajaran. Diharap pelajar dapat mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki keputusan pencapaian mereka dan  meyakinkan kedua-dua pihak samada ibu bapa atau penjaga dan guru bahawa mereka akan berusaha untuk lebih maju dalam pelajaran dan menaikkan nama kolej.

Di antara penjaga yang hadir bagi membincangkan prestasi akademik anak masing-masing bertepatan dengan  objektif program SARANA kolej
Perbincangan
Taklimat oleh Timbalan Pengarah Akademik
Ceramah oleh penceramah jemputan