Saturday 25 May 2013

Anugerah Dorm Terbersih

PERINCIAN :
· TARIKH : Setiap bulan sepanjang tahun
· MASA : 3.00 - 4.00 ptg         
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar asrama KVSI
· AKTIVITI : Pemberian hamper
· ANJURAN : Pengurusan Asrama KVSI 2013
· PELAKSANA : Jawatankuasa Pengurusan Asrama

PENGENALAN :
Anugerah “Dorm Terbersih” merupakan salah satu lagi program Pengurusan Hal Ehwal Murid yang dijalankan secara bulanan. Anugerah diberi dalam tiga kategori iaitu Dorm Terbersih Lelaki Tingkatan Empat, Dorm Terbersih Tingkatan Lima dan Dorm Terbersih Aspuri. Penilaian dilakukan oleh penyelia asrama sendiri agar lebih telus. Selain daripada kualiti dinilai dari segi kebersihan, penyeliaan juga mengambil kira daya kreativiti ahli dorm dalam menceriakan dorm masing-masing.

MATLAMAT :
Tujuan anugerah ini adalah agar pelajar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan dorm bagi menjamin kesihatan yang baik.

PENUTUP :
Semoga pelajar akan lebih berusaha dengan gigih untuk menjaga dorm masing-masing bukan sahaja dari segi kebersihan tetapi juga dari  sudut keceriaan dan  sahsiah ahli dorm masing-masing.

Penyampaian anugerah berbentuk hamper dan sijil oleh Timbalan Pengarah AkademikAsrama, TnHj Ahmad Afandi b Megat Kasim
Salah seorang ketua dorm yang menerima hadiah
Salah seorang ketua dorm aspuri yang menerima hadiah

No comments:

Post a Comment