Saturday, 25 May 2013

Kawad Kebakaran Aspuri

PERINCIAN :
· TARIKH : 18 Mei 2013 (Sabtu)
· MASA : 6.00 - 6.30ptg
· TEMPAT : Asrama Puteri, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar puteri dan warden asrama puteri KVSI
· AKTIVITI : Loceng amaran dibunyikan, pelajar keluar dari lokasi masing-masing mengikut                                   laluan yang telah ditandakan dengan anak panah merah dan berkumpul   
                   dikawasan yang ditetapkan, dan kehadiran diambil mengikut dorm oleh ketua 
                   dorm
· ANJURAN : Pengurusan asrama puteri
· AHLI JAWATAN KUASA TERLIBAT : AJK Penyelenggara Asrama Puteri dan Ketua Blok  
                                                          serta warden bertugas

PENGENALAN :
Aktiviti kawad kebakaran perlu diadakan sebanyak dua kali setahun samada di peringkat asama mahupun di kolej. Bagi latihan kali  pertama di peringkat asrama puteri, ianya telah diadakan dari jam 6.00 -  hingga 6.30 petang. Latihan kali pertama ini  telah diadakan sebanyak dua pusingan kerana kebanyakan pelajar khasnya pelajar baharu masih belum arif dengan laluan yang telah ditetapkan dan prosedur yang perlu diikuti.

MATLAMAT :
Latihan kebakaran perlu dilaksanakan bagi melatih pelajar mengambil tindakan yang betul dan tepat sekiranya berlaku kes kecemasan khasnya yang melibatkan kes kebakaran. Walau bagaimanapun, kawad kebakaran asrama hanya dilakukan di peringkat dalaman oleh warden sahaja kerana latihan sebenar yang melibatkan bomba dilakukan di peringkat kolej. 

PENUTUP :
Semoga pelajar mendapat input yang jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kes kecemasan yang berkaitan kebakaran samada di asrama, kolej, rumah dan di mana sahaja lokasi mereka ketika ianya berlaku.
Menanti kehadiran pelajar lain
Menyemak senarai ahli dorm
Mendengar penjelasan 

No comments:

Post a Comment