Saturday 25 May 2013

Majlis Pelancaran Lagu Kolej

PERINCIAN :
· TARIKH : 1 Februari 2013 (Jumaat)
· MASA : 3.00 - 4.00 ptg        
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI

· SASARAN : Semua  pelajar dan pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Ucapan, penyampaian saguhati dan nyanyian beramai
· ANJURAN : Pengurusan kolej
· PENCIPTA LIRIK : En Adnan Mohd Nawi (Pensyarah KVSI)
· PENGGUBAH LAGU : En Wooi Sin Ho (Guru SMK Iskandar Shah)  


PENGENALAN :

Pelancaran lagu kolej diadakan bagi menggantikan lagu sekolah bersesuaian dengan transformasi SMVSI ke KVSI. Majlis diadakan   pada waktu perhimpunan rasmi bagi melancarkan perjalanan program. Lagu kolej merupakan hasil nukilan salah seorang pensyarah KVSI iaitu En Adnan Mohd Nawi yang juga merupakan penulis lirik lagu SMVSI.Setiap pensyarah dan pelajar dibekalkan dengan lirik lagu agar dapat bersama-sama  menyanyikan lagu kolej dengan iringan musik.

MATLAMAT :

Lagu kolej diubah  daripada lagu sekolah sebelum ini sejajar dengan matlamat kolej vokasional yang mana salah satunya adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir pada masa hadapan.

PENUTUP :
Semoga setiap warga KVSI samada pensyarah, pelajar dan pegawai perkhidmatan kerajaan dapat merealisasikan harapan yang tersirat dalam senikata lagu dan hasrat pihak pengurusan ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran.



Penyampaian saguhati
Pelajar menyanyikan lagu
Nyanyian lagu beramai-ramai
Perasmian

No comments:

Post a Comment