Saturday 25 May 2013

Program Celik Qur'an

PERINCIAN :
· TARIKH : Setiap bulan (Ahad) sepanjang tahun
· MASA : 9.30 - 10.30 pagi        
· TEMPAT : Surau Aspuri, KVSI
· SASARAN : Pelajar perempuan asrama KVSI yang bermasalah dalam bacaan Al Qur’an
· AKTIVITI : Bacaan Al Qur’an Penerangan hokum tajwid
· ANJURAN : Pengurusan Asrama KVSI 2013
· PELAKSANA : Pengurusan Asrama

PENGENALAN :
Program Celik Qur’an bagi pelajar aspuri diadakan sebulan sekali di surau asrama puteri  pada hari Ahad di antara 9.30 - 10.30 pagi.
Tenaga pengajarnya adalah Ustadzah Seri Daliah bt Md Khalil, seorang guru KAFA dari SAR Masjid Sultan Yusuf Izuddin Shah, Seri Iskandar, Perak.
Pelajar yang terpilih  untuk mengikuti program ini adalah dari kalangan mereka yang kurang lancar bacaan sembahyangnya dan terdapat juga pelajar yang merupakan peserta rakan Qur’an yang  bertindak sebagai mentor  kepada pelajar yang kurang lancar.

MATLAMAT :
Penekanan program ini adalah kepada sebutan dan hukum tajwid. Terdapat segelintir pelajar yang kurang mahir dalam mengenal huruf asas dalam Al Qur’an. Di samping itu, terdapat juga pelajar yang tidak lancar bacaan asas dalam solat fardhunya.

PENUTUP :
Semoga program ini dapat membantu pelajar dalam memperbaiki bacaan Al Quran masing-masing. Program ini juga dapat  membantu ibu bapa serta penjaga dalam memenuhi tanggungjawab memberi didikan agama kepada anak mereka.

Ustazah yang dijemput hadir untuk membantu pelajar dalam bacaan  Qur'an
Di antara pelajar yang menperdengarkan bacaan mereka untuk diperbaiki
Di antara pelajar yang menperdengarkan bacaan mereka untuk diperbaiki

No comments:

Post a Comment