Saturday 25 May 2013

Sambutan Hari Lahir

PERINCIAN :
· TARIKH : Setiap bulan sepanjang tahun
· MASA : 7.30 - 8.00 pagi              
· TEMPAT : Dataran Kawad, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar asrama KVSI
· AKTIVITI : Pemberian hadiah atau cenderamata berupa butang 
· ANJURAN : Pengurusan Asrama KVSI 2012
· PELAKSANA : Jawatankuasa Pengurusan Asrama

PENGENALAN :
Pihak Pengurusan Asrama begitu prihatin tentang kepentingan memberi pengiktirafan kepada pelajar. Salah satu pengiktirafan yang telah dilaksanakan ialah memberi cenderamata kepada pelajar bersempena kelahiran mereka atau dikenali sebagai program “Pemberian Hadiah Hari Lahir”. Cenderamata ini diserahkan kepada pelajar asrama mengikut bulan kelahiran mereka.
Cenderamata ini diserahkan kepada pelajar oleh warden bertugas pada hari Rabu semasa perhimpunan pagi asrama. Ianya diadakan pada penghujung setiap bulan.

MATLAMAT :
Pelajar adalah aset amat penting di sesebuah sekolah atau kolej. Di peringkat asrama, pemberian cenderamata kepada pelajar ini bertujuan untuk menghargai kehadiran pelajar di asrama di samping memupuk hubungan yang baik di antara pensyarah atau warden dan pelajar.

PENUTUP :
Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kehadiran merek di asrama dihargai.

Penyampaian cenderamata oleh Ketua Unit Pengurusan Asrama, En Hairunnizam Murad
Di antara pelajar yang lahir pada bulan Januari
Di antara pelajar yang lahir pada bulan Januari
Di antara pelajar yang lahir pada bulan Januari

No comments:

Post a Comment