Saturday, 25 May 2013

Motivasi 'Ada Apa Pada Cinta'

PERINCIAN :
· TARIKH : 23 Februari 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 pg - 1.00 tgh             
· TEMPAT : Dewan Bestari (t.4) dan Surau Al Ghazali (t.5), KVSI
· SASARAN : Semua pelajar KVSI
· AKTIVITI : Ceramah dan tayangan video berkaitan tajuk “Anda Bijak Jauhi  Zina”
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya
· PENCERAMAH : Dikendalikan sepenuhnya oleh Raudhatul Sakinah, Selangor

PENGENALAN :
Program motivasi “Ada Apa Pada Cinta” merupakan program yang bertujuan untuk menarik perhatian pelajar kepada salah satu isu keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa di   kalangan remaja iaitu penzinaan.
Isu ini semakin menular di seluruh negara sehingga membimbangkan pihak tertentu apabila meningkatnya kadar kelahiran bayi tanpa ibu bapa yang sah. 

MATLAMAT :
Raudhatul Sakinah merupakan  salah sebuah badan yang begitu prihatin mengenai masalah     keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Tujuan utama badan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja mengenai akibat perbuatan liar mereka dan menarik mereka ke pangkal jalan.
Salah seorang fasilitator dari Raudhatul Sakinah
Peserta memberikan tumpuan yang penuh kepada penceramah
Senaman untuk mengurangkan stress setelah terlalu lama duduk tanpa pergerakan

No comments:

Post a Comment