Sunday 26 May 2013

Program BRANDING Kolej

PERINCIAN :
· TARIKH : 6 Mei 2013 (Isnin)
· MASA :  3.15 ptg - 4.40 ptg        
· TEMPAT : Biik Mesyuarat KVSI

· SASARAN : Pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Taklimat mengenai program ‘BRANDING’

· ANJURAN : Pengurusan Kolej
· PENYAMPAI : Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Nor, Pengarah KVSI


PENGENALAN :

Program ‘BRANDING’ merupakan salah satu program yang dicadangkan oleh pihak BPTV dan perlu dilaksanakan di peringkat kolej sesuai dengan proses penjenamaan baru sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sendiri tentang keperluan mengujudkan ‘branding’ baharu bagi kolej vokasional. Sesuai dengan ‘branding’ baharu ini, 3 prinsip asasnya telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej seperti berikut :


‘Brand vision’ KVSI ialah :   ‘EMPOWERING GENERATIONS THROUGH SKILLS’       

‘Brand business’ KVSI ialah :   ‘YOUR SUCCESS IS OUR BUSINESS’ dan                   
‘Brand value’ KVSI ialah :   ‘EFFICIENT. RELIABLE’

MATLAMAT :
‘Branding’ baharu kolej vokasional adalah untuk memberi maklumat secara umum kepada masyarakat luar akan kewujudan kolej vokasional sebagai salah satu alternatif             pembelajaran bagi pelajar lepasan menengah rendah yang menjurus kepada kemahiran dan seterusnya memenuhi keperluan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi selaras dengan wawasan 2020. 

PENUTUP :
Semoga dengan penjenamaan baharu ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai tujuan kewujudan kolej vokasional kepada bukan sahaja warga KVSI tetapi juga masyarakat luar di seluruh tanah air.

Taklimat BRANDING oleh Tuan Pengarah KVSI
Sebahagian pensyarah yang menghayati isi taklimat yang disampaikan
Salah satu 'slide' yang ditayangkan

No comments:

Post a Comment