Sunday, 26 May 2013

Mesyuarat Agung MPK

PERINCIAN :
· TARIKH : 22 MAC 2013 (Jumaat)
· MASA : 8.30 pg - 12.30 tgh
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah dan ibu bapa / penjaga pelajar KVSI
· AKTIVITI : Pembubaran PIBG 2012, Pelantikan ahli MPK 2013, Pembentangan                                                   Kewangan dan Perbincangan Usul
· ANJURAN : PIBG 2012, KVSI
· PENGERUSI : En Wan Ibrahim bin Wan Ahmad, Yang Di Pertua PIBG KVSI 2012
· PERASMI : YB Drs Mohd Nizar b Hj Zakaria, AMP Ahli Parlimen Parit

PENGENALAN :
Mesyuarat Agung MPK ( Majlis Permuafakatan Kolej ) 2013 telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 di Dewan Bestari KVSI. Pertukaran nama PIBG adalah bersesuaian dengan pertukaran SMVSI ke KVSI.Walau bagaimanapun, kehadiran ibu bapa atau penjaga adalah agak mendukacitakan mungkin kerana mesyuarat diadakan pada hari bekerja. 

MATLAMAT :
Mesyuarat Agung MPK diadakan bagi membolehkan pembubaran PIBG 2012. Selain daripada pembubaran, mesyuarat berkenaan juga melantik jawatankuasa baharu dari kalangan ibu bapa atau penjaga. Mesyuarat juga berpeluang untuk membincangkan usul yang telah diketengahkan oleh ibu bapa atau penjaga melalui borang cadangan yang telah diedarkan sebelumnya.

PENUTUP :
Semoga mesyuarat yang diadakan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar dengan adanya kerjasama dari pihak ibu bapa atau penjaga.

Pendaftaran peserta yang hadir termasuk YB Mohd Nizar 
Barisan AJK PIBG 2012
Salah seorang penjaga yang membentang usul

No comments:

Post a Comment