Monday, 5 August 2013

Tadarus

PERINCIAN
· TARIKH : Sepanjang Ramadan 2013
· MASA : Antara maghrib dan isya’ serta selepas terawikh
· TEMPAT : Surau Aspura dan Aspuri, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar aspuri mengikut dorm dan 6 kumpulan aspura yang sukarela
· AKTIVITI : Bacaan Al Qur’an
· ANJURAN : Unit Pengurusan Asrama dan Panitia Pendidikan Islam
· PEMANTAUAN : Warden asrama

PENGENALAN
Majlis Tadarus di peringkat pelajar asrama diadakan sepanjang Ramadan bagi mengisi masa  terluang pelajar. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap juzuk tertentu untuk dibaca dan diperbetulkan bacaan  bersama rakan masing-masing. 

MATLAMAT
Dengan bertadarus, pelajar secara tidak langsung dapat memperbaiki mutu bacaan masing-masing dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah khasnya di bulan Ramadan yang mulia ini bagi santapan rohani. 

PENUTUP
Semoga pelajar dapat meneruskan aktiviti rohani yang mulia ini dan membaca Al Qur’an dijadikan budaya dalam kehidupan seharian walaupun setelah meninggalkan bangku kolej.




No comments:

Post a Comment