Tuesday 20 August 2013

Program Penyerahan Anak Angkat

PERINCIAN
· TARIKH : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
· MASA : 8.30  - 10.00 pagi
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Pelajar aliran vokasional , KVSI
· AKTIVITI : Penyerahan 10 orang anak angkat kepada pensyarah yang dipilih 
                            sebagai ibu atau bapa angkat oleh pelajar sendiri
· ANJURAN : Unit Pengurusan Akademik
· PELAKSANAAN :  Pensyarah bertugas


PENGENALAN
Program Anak Angkat telah mula diadakan pada tahun 2012 dengan hanya 3 orang pelajar dan guru yang terlibat. Walau bagaimanapun, bilangannya telah bertambah kepada 10 orang pelajar dan pensyarah. Pada tahun 2013 ini,  penyerahan anak angkat secara rasmi dalam satu majlis khas telah diadakan.

MATLAMAT
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memberi penghargaan kepada pensyarah yang terpilih dan ianya merupakan pilihan pelajar sendiri. Ianya juga adalah  sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang disasarkan  untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

PENUTUP
Pihak kolej berharap agar   pelajar dapat memainkan  peranan masing-masing untuk bersama-sama mengharumkan nama kolej  demi mencapai cita-cita.masa depan.






No comments:

Post a Comment