Monday, 5 August 2013

International Run

PERINCIAN
· TARIKH : 7 Julai  2013 (Ahad)
· MASA : 6.40 pg– 10.30 pg      
· TEMPAT : Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

· SASARAN : Seramai 75 pelajar yang telah membayar yuran penyertaan sebanyak RM10.00
· AKTIVITI : Pendaftaran peserta, Acara Larian, Penyampaian Hadiah

· PELAKSANA : Unit Pengurusan Asrama, KVSI
· KEPUTUSAN : Nur Afifah bt Mohd Ali, 2ETK (tempat ke-25), Mohd Sulhi b Sopian, 2 ETK                                          (tempat ke-45) dan Mohd Shazryl b Said, 2PPU (tempat ke-55) 



PENGENALAN
‘International Run’ yang telah dilaksanakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 7 Julai 2013 yang lalu telah disertai oleh ribuan peserta dari seluruh negara. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan. Pelajar KVSI telah menyertai larian sejauh 7 km ini bagi kategori  pelajar di bawah 17 tahun. Terdapat seramai 32 peserta perempuan dan 43 peserta lelaki yang bersama-sama memeriahkan acara ini yang berlangsung selama lebih kurang 4 jam.

MATLAMAT

Tujuan utama pihak KVSI menghantar wakil ke larian ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang berpotensi dalam acara larian untuk menyerlahkan kebolehan mereka di samping bersaing dengan peserta lain yang sebaya. Pelajar juga dapat membuka minda apabila melihat prestasi peserta lain dari pelbagai kategori.

PENUTUP

Diharap pelajar akan sentiasa memainkan peranan aktif dalam masyarakat dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang mempunyai nilai positif. Tahniah kepada peserta yang berjaya.



No comments:

Post a Comment