Monday 5 August 2013

Cemerlang Bersama SMV / Kolej

PERINCIAN
· TARIKH : 28 - 30 Jun 2013
· MASA : 8.00 pagi - 10.00 mlm
· TEMPAT : Kolej Vokasional Padang Rengas, Kuala kangsar
· SASARAN : Pelajar yang berpotensi mengikut subjek teras akademik
· AKTIVITI : Latih tubi soalan tahun lepas
· ANJURAN : Unit Pengurusan Kurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
· PELAKSANAAN : Pensyarah dari semua kolej vokasional di negeri Perak

PENGENALAN
Program CBS ( Cemerlang Bersama SMT/SMV atau kolej) ini merupakan salah satu program tahunan dan usahasama Unit Pengurusan Kurikulum dari semua negeri Perak. Program melibatkan sekumpulan pelajar seramai 6 orang yang cemerlang dalam setiap subjek akademik yang berkampung di KV Padang Rengas, Kuala Kangsar selama 3 hari 2 malam. 

MATLAMAT
Program bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara yang mudah dan tepat untuk menjawab soalan mengikut pemarkahan  SPM. 

PENUTUP
Diharap pelajar yang dihantar sebagai ‘duta’ subjek masing-masing akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan-rakan yang lain demi kecemerlangan diri dan kolej.




No comments:

Post a Comment