Monday, 5 August 2013

Aktiviti Membakar Biskut

PERINCIAN
· TARIKH : 20 Julai 2013 (Sabtu)
· MASA : 1.30 tgh - 6.00 ptg
· TEMPAT : Bilik Persediaan, Asrama Puteri, KVSI
· SASARAN : 15 orang pelajar perempuan yang tidak pulang ke kampong di hujung minggu
· AKTIVITI : Menyedia dan membakar biskut raya
· ANJURAN : Unit Pengurusan Asrama Puteri
· PELAKSANAAN : Warden bertugas

PENGENALAN
Aktiviti membakar biskut diadakan di asrama puteri, KVSI yang melibatkan hanya seramai  15 orang pelajar yang memilih untuk tidak pulang ke kampung pada minggu pilihan di bulan Ramadan iaitu pada 20 Julai 2013. Proses menyediadan dan membakar dilakukan sepenuhnya oleh pelajar yang terlibat. Pelajar seterusnya membungkus biskut yang telah siap ke dalam plastik untuk diambil ukuran panjang biskut yang berjaya disiapkan iaitu sepanjang 25.6 meter. Ini merupakan kali ke-2 aktiviti seumpamanya diadakan. 

MATLAMAT
Program bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan kemahiran memasak yang sudah tentunya perlu bagi pelajar perempuan di samping memupuk sikap bekerjasama. 

PENUTUP
Diharap pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baharu yang dapat menambah  pengetahuan sedia ada mereka.




No comments:

Post a Comment