Monday 19 August 2013

Majlis Penutup Ramadhan

PERINCIAN
· TARIKH : 1 Ogos 2013 (Khamis)
· MASA : 7.15 - 8.00 mlm
· TEMPAT : Dewan Makan Asrama Putera dan Puteri, KVSI
· SASARAN : Pengurusan warden aspura dan aspuri, Panitia Pendidikan Islam serta pelajar,                                  KVSI
· AKTIVITI : Penyampaian saguhati kepada imam dan bilal sembahyang tarawih dan hadiah                                kepada kumpulan tadarus
· ANJURAN : Unit Pengurusan Asrama dan Panitia Pendidikan Islam
· PELAKSANAAN : Warden Aspura dan Aspuri serta Panitia Pendidikan Islam, KVSI
 
PENGENALAN
Majlis Penutup Ramadan telah diadakan pada 1 Ogos bersama dengan  majlis       penyampaian sumbangan kepada imam dan bilal solat tarawih, hadiah kepada kumpulan tadarus serta majlis berbuka puasa. Majlis khatam Al Qur’an  telah diadakan pada hari yang    sama iaitu selepas solat asar bagi pelajar perempuan dan selepas maghrib bagi pelajar lelaki. Ianya dihadiri oleh pihak pengurusan, warden dan pensyarah yang berpeluang meluangkan masa bersama pelajar.

MATLAMAT
Majlis bertujuan untuk  memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah banyak membantu pihak Pengurusan Asrama dalam menghidupkan Ramadan di peringkat asrama dengan sembahyang tarawih berjemaah dan tadarus berkumpulan. 

PENUTUP
Semoga pelajar akan terus menerapkan disiplin yang baik ini pada masa akan datang sepanjang masa dan walau di mana mereka berada.









 


No comments:

Post a Comment