Wednesday, 21 August 2013

Lawatan Penilaian Asrama Gemilang

PERINCIAN
· TARIKH : 23 Julai  2013 (Selasa)
· MASA : 10.30 pg - 12.00 tgh
· TEMPAT : Asrama  Putera  dan Puteri, KVSI
· SASARAN : Kawasan Asrama KVSI
· AKTIVITI : Pemantauan asrama oleh TPSA dari KV Lebuh Cator dan SMV Ipoh
· ANJURAN : Unit Pengurusan Asrama
· PELAKSANAAN :  En Hairunizam Murad, Pn Rosmayati Hashim, dan penyelia asrama

PENGENALAN
Lawatan penilaian asrama bagi program Asrama Gemilang telah dilaksanakan pada 23 Julai 2013 iaitu pada hari Selasa. 2 orang penilai atau pemantau yang berjawatan Timbalan Pengarah Sokongan  Akademik    masing-masing dari KV Lebuh Cator dan SMV Ipoh telah hadir untuk melakukan pemantauan. 

MATLAMAT
Program bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada 4 buah asrama di  seluruh negeri Perak  yang layak bertanding bagi    program Asrama Gemilang yang seterusnya mewakili negeri   Perak di peringkat kebangsaan bagi Anugerah Asrama Terbilang. Ianya juga dapat memupuk  semangat cintakan asrama dalam kalangan penghuninya dengan   bersama-sama     menjaga  keselamatan harta benda asrama. 

PENUTUP
Diharap program  seperti ini dapat  menanam dan memupuk nilai yang positif dalam diri    pelajar khasnya terhadap harta benda awam.






 

No comments:

Post a Comment