Monday 5 August 2013

Ceramah Nuzul Qur'an

PERINCIAN
· TARIKH : 19 Julai 2013 (Jumaat)
· MASA : 8.15 - 9.15 pagi
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah dan pelajar KVSI yang beragama Islam
· AKTIVITI : Ceramah kerohanian bersempena bulan Ramadan
· ANJURAN : Panitia Pendidikan Islam
· PENCERAMAH : Ustadz Asyraf bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan                                         JAIP

PENGENALAN
Ceramah Nuzul Qur’an telah dilaksanakan pada 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadan  iaitu pada hari Jumaat pada slot perhimpunan rasmi. Ianya adalah bersempena ketibaan Nuzul Qur’an. 

MATLAMAT
Tujuan program adalah bagi mengisi jiwa pensyarah dan pelajar khasnya  dengan       santapan rohani yang mengimbangi tuntutan semasa dalam bidang pendidikan. Di samping itu, ianya bagi  mengingati sejarah diturunkan Al Qur’an. 

PENUTUP
Semoga program ini dapat menyuntik keinsafan dalam diri setiap yang hadir. Sentiasalah kembali ke pangkuan agama sekiranya jiwa kita buntu dengan masalah duniawi. Hanya dengan bermohon kepada Yang Maha Pencipta jiwa akan kembali tenang, insyaAllah!




No comments:

Post a Comment