Tuesday 20 August 2013

IHYA' RAMADAN

PERINCIAN· 

- TARIKH : Sepanjang Ramadan ataupun bulan Julai dan  majlis penutup pada 2                                                 Ogos 2013 (Jumaat)

· MASA : 8.30  - 10.00 pagi

· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI

· SASARAN : Pelajar KVSI yang beragama Islam

· AKTIVITI : Pertandingan tulisan khat, tulisan jawi, lukisan kartun dan poster

· ANJURAN : Panitia Pendidikan Islam
· PELAKSANAAN : Semua pensyarah Pendidikan Islam

PENGENALAN

Program Ihya’ Ramadan diadakan mulai awal bulan Ramadan. Aktiviti yang diadakan dibuka   kepada semua pelajar beragama Islam sama ada dari aliran SKM, KV ataupun vokasional. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang  telah diadakan pada 2 Ogos 2013 di Dewan Bestari dan disudahi dengan majlis bersalam-salaman. 


MATLAMAT

Program tahunan ini diadakan bagi menghidupkan bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang berfaedah di samping dapat mengisi masa singgang pelajar dengan sesuatu yang dapat memantapkan fizikal dan spiritual pelajar. 


PENUTUP

Semoga pelajar akan terus menghidupkan Ramadan dengan aktiviti yang berfaedah dan berpanjangan walaupun setelah meninggalkan bulan yang mulia ini. 







No comments:

Post a Comment