Monday 5 August 2013

Perkampungan Ilmu

PERINCIAN
· TARIKH : Setiap hujung minggu mulai 15 Jun 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 - 10.00 pg   (slot 1) 10.30 pg - 12.30 tgh (slot 2), 2.00 - 4.00 ptg (slot 3)         
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua pelajar   tingkatan 5, KVSI
· AKTIVITI : Teknik menjawab soalan  peperiksaan dan latih tubi
· ANJURAN : Unit Kurikulum
· PELAKSANA : Pensyarah subjek yang terbabit mengikut giliran

PENGENALAN
Program Perkampungan Ilmu merupakan salah satu program anjuran Unit Kurikulum yang dilaksanakan oleh pensyarah KVSI mengikut jadual penggiliran mata pelajaran yang   berkenaan yang telah  ditetapkan.Program diadakan dalam tiga slot dan dikendalikan oleh samada pensyarah KVSI sendiri  ataupun penceramah luar mengikut kesesuaian. 

MATLAMAT
Program Perkampungan Ilmu merupakan salah satu program anjuran Unit Kurikulum bagi meningkatkan pencapaian pelajar khasnya yang akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.Menerusi program ini, pelajar dan pensyarah dapat sama-sama menimba ilmu dari pensyarah yang terlibat dalam mengendalikan slot yang diamanahkan. 

PENUTUP
Semoga usaha  murni ini dapat mendatangkan hasil dalam mempertingkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan SPM kelak, Amin!





No comments:

Post a Comment