PERINCIAN
· TARIKH : 1 Ogos 2013 (Khamis)
· MASA : 7.15 - 8.00 malam
· TEMPAT : Dewan Makan Aspura dan Aspuri, KVSI
· SASARAN : Pelajar yatim, yatim piatu dan miskin, KVSI
· AKTIVITI : Penyerahan sumbangan kepada pelajar yang terlibat
· ANJURAN : Pengurusan Asrama, Biro Insuran dan Kebajikan
· PELAKSANAAN : Warden asrama dan Panitia Pendidikan Islam
PENGENALAN
Sumbangan untuk anak yatim atau yatim piatu dan pelajar miskin telah diadakan di dua lokasi yang berlainan iaitu Dewan Makan Aspura dan Aspuri kerana masalah ruang yang terhad. Ianya bagi mengisi masa sebelum berbuka puasa. Sumbangan diperoleh melalui sumbangan dari ibu bapa atau penjaga dan pensyarah serta staf kolej ini sendiri.
MATLAMAT
Sumbangan dikutip dan diserahkan kepada pelajar yang telah dikenalpasti bagi memberi sedikit keceriaan kepada mereka bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Di samping itu, ianya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang kehadiran mereka dihargai.
PENUTUP
Semoga semua pelajar yang belajar di kolej ini dapat bersama-sama menyambut lebaran kali ini dengan cerianya tidak kira apa status mereka. Yang penting, semua warga kolej ini adalah bersaudara!
No comments:
Post a Comment