Monday 5 August 2013

Penyampaian Anugerah KV

PERINCIAN
· TARIKH : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
· MASA : 8.30  - 10.00 pagi
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Pelajar aliran KV, KVSI
· AKTIVITI : Penyampaian anugerah Pengarah kepada 3 orang pelajar                                                                  KV, penyampaian anugerah Ketua Jabatan kepada seramai 72 orang pelajar KV
· ANJURAN : Unit Pengurusan Akademik
· PELAKSANAAN : AJK Penilaian dan Ketua-ketua Jabatan
 
PENGENALAN
Anugerah KV merupakan majlis yang pertama kalinya diadakan pada semester 2, 2013. Ianya disasarkan kepada pelajar aliran KV yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lalu. Anugerah terbahagi kepada 2 kategori iaitu Anugerah Pengarah bagi pelajar yang      memperoleh CGPA 3.80 ke atas manakala anugerah Ketua Jabatan adalah bagi mereka yang mendapat CPGA di antara 3.50 hingga 3.79. 

MATLAMAT
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat pelajar untuk terus cemerlang dan menyuntik harapan kepada pelajar yang lain untuk memperbaiki prestasi masing-masing. 

PENUTUP
Semoga lebih ramai pelajar berusaha untuk mendapat anugerah tertinggi iaitu Anugerah Pengarah khasnya dari kalangan pelajar lelaki.




No comments:

Post a Comment