Wednesday 21 August 2013

Pertandingan Bola Jaring MSSD

PERINCIAN
· TARIKH : 15 - 17 April 2013 (Isnin - Rabu)
· MASA : 2.00  - 5.00 ptg          
· TEMPAT : Padang KVSI
· SASARAN : Pasukan Bola Jaring Sekolah Menengah di sekitar Perak Tengah
· AKTIVITI : Pertandingan Bola Jaring mengikut kategori iaitu bawah 15 dan bawah 18 tahun
· ANJURAN : Majlis Sukan Sekolah Daerah Perak Tengah
· PERASMI: Penolong Pegawai  Sukan dan Permainan Daerah Tengah

PENGENALAN
Pertandingan Bola Jaring di antara sekolah-sekolah  menengah di Perak Tengah merupakan salah satu acara  tahunan yang  dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah. Ianya diadakan selama 3 hari di Padang KVSI dengan menggunakan  empat buah gelanggang. Pertandingan diadili oleh pengadil bola jarring dari sekolah-sekolah berhampiran. 

MATLAMAT
Selain daripada mencari pasukan bola jaring  terbaik bagi  mewakili daerah Perak Tengah, pertandingan ini juga dapat mengeratkan  hubungan di antara guru dan pelajar dari sekolah berhampiran. Pelajar  juga dapat memenuhi masa singgang dengan aktiviti yang bermanfaat kerana badan yang sihat dan cergas dapat menjadi pemangkin kepada otak yang cerdas.

PENUTUP
Semoga pertandingan yang diadakan mencapai matlamatnya dan pasukan yang mewakili    Perak Tengah  dapat  memperoleh  kejayaan. 






 

No comments:

Post a Comment