Monday 5 August 2013

Karnival Sains Dan Teknologi

PERINCIAN
· TARIKH : 15 Jun 2013 (Sabtu)
· MASA : 8.00 pagi - 1.00 tgh
· TEMPAT : SMK Sultan Muhammad Shah, Parit
· SASARAN : 8 orang pelajar yang mewakili KVSI
· AKTIVITI : Pertandingan Roket Air, Kereta Solar dan Bot Solar
· ANJURAN : Panitia Sains Gunaan
· PELAKSANA : Panitia Sains Gunaan di peringkat KVSI
 
PENGENALAN
Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah Perak Tengah 2013 telah diadakan di SMK Sultan Muhammad Shah, Parit. Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, KVSI hanya menyertai dalam 3 kategori sahaja iaitu roket air, kereta solar dan bot solar. Seramai 8 orang pelajar lelaki aliran kolej mengambil bahagian. 

MATLAMAT
Kepintaran pelajar mencipta rekaan baharu yang mampu berfungsi menggunakan kuasa semula jadi iaitu tenaga suria dan air adalah  perlu diketengahkan. Oleh itu, karnival ini bertujuan  untuk membuka minda pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam menghasilkan  rekaan terbaharu. 

PENUTUP
KVSI memenangi tempat ketiga dalam pertandingan bot solar. Memenangi  pertandingan bukanlah agenda utama dalam penyertaan karnival ini. Apa yang penting adalah ilmu yang diperolehi dipraktikkan demi kejayaan dalam kerjaya di masa hadapan.




No comments:

Post a Comment