Monday, 5 August 2013

Kursus Membuat Kek

PERINCIAN
· TARIKH : 18 Mei 2013 dan (Sabtu)
· MASA : ]8.00 pagi - 1.00 tgh           
· TEMPAT : ]Kolej Komuniti Pasir Salak
· SASARAN : Pensyarah KVSI yang berminat
· AKTIVITI : Mempelajari cara-cara memasak kek keju dan pavlova
· ANJURAN : Unit Perkembangan Staf
· PENGAJAR : Pn Rafidah dari Kolej Komuniti Pasir Salak

PENGENALAN
Kursus membuat kek ini diadakan bagi menambah  pengetahuan dan kemahiran pensyarah yang berminat untuk  menvariasikan ilmu sedia ada. Kursus ini bertempat di Kolej Komuniti Pasir Salak. 

MATLAMAT
Kursus ini merupakan salah satu program yang dirancang dan   dianjurkan oleh Unit Perkembangan Staf bagi  menambah pengalaman, kemahiran dan  pengetahuan pensyarah agar menjadi lebih versatil  dalam arus kemodenan yang semakin mencabar ini. Di samping itu, pensyarah juga dapat menjenguk peluang kerjaya yang mungkin boleh diceburi oleh para pelajar kolej vokasional ini sendiri. 

PENUTUP
Semoga pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama dengan pensyarah lain agar lebih berkat. Selamat mencuba bersama keluarga!



No comments:

Post a Comment