Monday, 19 August 2013

Program Peduli Kasih

PERINCIAN
· TARIKH : 30 Julai 2013 (Selasa)
· MASA :  6.30 - 8.00 mlm
· TEMPAT : Restoran Salbila, Seri Iskandar
· SASARAN : Pelajar berstatus anak yatim
· AKTIVITI : Berkumpul di hadapan Dewan Bestari untuk menaiki bas ke restoran, Majlis                                      Berbuka Puasa
· ANJURAN : Biro Bina Insan di bawah Unit  Psikologi dan Kerjaya
· PELAKSANAAN : Jawatankuasa Bina Insan serta warden Aspura dan Aspuri KVSI
 
PENGENALAN
Majlis Bersama Anak Yatim atau Yatim Piatu ataupun program Peduli Kasih pada tahun ini adalah berupa majlis berbuka puasa di Restoran Salbila. Ianya melibatkan seramai 42 orang pelajar yang mana 9 daripadanya  adalah pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, hanya 34 orang pelajar sahaja yang dapat menghadirkan diri. Majlis diserikan dengan kehadiran wakil daripada Pengurusan Kolej, Pengurusan Asrama dan Unit Psikologi dan Kerjaya. 

MATLAMAT
Pelajar anak yatim atau yatim piatu ini diraikan bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat bahawa kehadiran mereka dihargai. Di samping itu, pelajar yang terlibat dapat meluaskan pandangan dengan melihat persekitaran yang berbeza dari kawasan kolej. 

PENUTUP
Diharap pelajar yang diraikan dapat merasakan bahawa mereka tidak sendirian dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu, bapa atau keduanya. Semoga mereka akan ceria khasnya semasa menyambut syawal nanti.





No comments:

Post a Comment