Saturday, 31 August 2013

Analisis Keputusan SPM 2012 SMV / SMT Kebangsaan


BIL
PERKARA / PERBANDINGAN
KEDUDUKAN
1
Perbandingan dan Kedudukan GPS  2012
38 / 88
2
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah mata pelajaran Akademik
45 / 88
3
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah mata pelajaran Vokasional
32 / 70
4
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah Aliran Kemahiran 
45 / 68

5
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah mengikut Zon          ( Perak )
5 / 10
6
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah mengikut Zon          ( Perak ) Aliran Vokasional
4 / 10
7
Analisis Keseluruhan  Gred Purata Terendah mengikut Zon          ( Perak ) Aliran Kemahiran
8 / 10
8
Perbandingan SPM 2012 dan SPM 2011 ( Akademik )
53 / 88

9
Perbandingan SPM 2012 dan SPM 2011 ( Vokasional)
44 / 70

10
Perbandingan SPM 2012 dan SPM 2011 ( Kemahiran )
48 / 68

11
Prestasi berdasarkan TOV PMR 2010 Aliran Vokasional
12 / 69

12
Prestasi berdasarkan TOV PMR 2010 Aliran Kemahiran 
19 / 69


KEPUTUSAN SPM 2012   SMV / SMT KEBANGSAAN 


BIL
MATA PELAJARAN :
BENGKEL
KVSI
1
Kimpalan Arka
Tempat PERTAMA Peringkat Kebangsaan (1/49)
2
Kimpalan Gas
Tempat KETIGA  Peringkat Kebangsaan (3/49)
3
Automotif Kenderaan
Tempat KETIGA Peringkat Kebangsaan  (3/51)
4
Teknologi Binaan
Tempat KETIGA Peringkat Kebangsaan  (3 / 46)
5
Bahan Binaan
Tempat KEEMPAT Peringkat Kebangsaan (4 /46)
6
ABM
Tempat KEEMPAT  Peringkat Kebangsaan (4/49)
7
Prinsip EE
Tempat KELIMA Peringkat Kebangsaan (5/53)
8
Auto Elektrik Disel
Tempat KEENAM  Peringkat Kebangsaan (6/51)
9
Penyamanan
Tempat KETUJUH  Peringkat Kebangsaan  (7/35)
10
Pemesinan Komputer
Tempat KESEMBILAN  Peringkat Kebangsaan (9/49)
11
Penyejukan
Tempat KESEMBILAN  Peringkat Kebangsaan  (9/35)
12
Sains Gunaan
(13/59)
13
Aplikasi EE
(17/53)
BIL
MATA PELAJARAN : AKADEMIK
KVSI
1
Bahasa Melayu
63/88
2
Bahasa Inggeris
42 / 88
3
Pendidikan Islam
66 / 88
4
Pengetahuan Moral
54 /69
5
Sejarah
59 / 88
6
Matematik
63 / 88

Panorama Sekitar KVSI




Pejabat Pentadbiran

Blok Pentadbiran

Blok Akademik

Kawasan Makmal Sains
Makmal Komputer

Bengkel Penyamanan dan Penyejukan Udara

Bengkel Elektrik

Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam

Bengkel Amalan Bengkel Mesin

Bengkel Automotif

Surau Al Ghazali

Blok Asrama Puteri

Dewan Makan Asrama Putera

Kawasan Riadah / Padang

Kawasan Mesin Basuh Asrama Putera

Friday, 30 August 2013

Promosi Perdana KV Zon Perak

PERINCIAN
· TARIKH : 23 - 24 Ogos  2013 (Jumaat - Sabtu)
· MASA : 2 hari
· TEMPAT : Dataran Menara Condong, Teluk Intan
· SASARAN : Semua warga KV Zon Perak
· AKTIVITI : Promosi Perdana KV, Pertandingan Inovasi Produk Murid dan 
                     Persembahan Kebudayaan
· ANJURAN : Kolej Vokasional dan SMT Zon Perak dengan kerjasama Majis Perbandaran 
                         Teluk Intan
· PERASMI : YB Mohd Azhar bin Jamaluddin, ADUN Changkat Jong
  
PENGENALAN
Program Promosi Perdana KV bagi peringkat Zon Perak dianjurkan secara usahasama oleh kolej-kolej vokasional dan SMT di negeri Perak serta Majlis Perbandaran Teluk Intan. 

MATLAMAT
Program  Promosi Perdana ini merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi  mempromosikan kolej  vokasional  kepada masyarakat umum di samping   menonjolkan hasil  kerja dan kemahiran pelajar  melalui pertandingan kreatif yang diadakan. 

PENUTUP
Pelajar KVSI telah berjaya memenangi anugerah Perak melalui ciptaan kreatif mereka iaitu ‘Future Alarm’ dalam pertandingan inovasi produk muird. Tahniah! Semoga program promosi ini barjaya mencapai matlamatnya untuk menarik kemasukan lebih ramai pelajar pada masa akan datang.







Lawatan Industri Pelajar TKPL

PERINCIAN
· TARIKH :  28 Ogos  2013   ( Rabu )
· MASA :  8.00  pg - 1.00 tgh
· TEMPAT :  Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Pengkalan TLDM, Lumut
· SASARAN : Semua pelajar TKPL seramai 46 orang
· AKTIVITI : Taklimat dan  Perbincangan  Industri  serta lawatan  ke sekitar                                                             Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
· ANJURAN : Panitia Kimpalan dan Fabrikasi Logam
· PENGIRING : 8 orang pensyarah Unit Kimpalan yang diketuai oleh Ketua Unitnya,                                                   En Amran bin Khalid

PENGENALAN
Lawatan Industri ini diadakan  khusus bagi pelajar Tahun 1 Teknologi Kimpalan KVSI. Pelajar-pelajar ini merupakan ambilan pertama bagi Program Kolej Vokasional. 

MATLAMAT
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengadakan perbincangan dan program usahasama berkaitan dengan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) serta latihan industri yang bersesuaian di antara kedua-dua pihak kolej dan TLDM.

PENUTUP
Adalah diharapkan agar para pelajar mendapat input dan pendedahan yang lebih jelas berkaitan dengan dunia alam pekerjaan yang berkaitan dengan bidang dan kemahiran yang mereka pelajari.
 





Wednesday, 21 August 2013

Pertandingan Bola Jaring MSSD

PERINCIAN
· TARIKH : 15 - 17 April 2013 (Isnin - Rabu)
· MASA : 2.00  - 5.00 ptg          
· TEMPAT : Padang KVSI
· SASARAN : Pasukan Bola Jaring Sekolah Menengah di sekitar Perak Tengah
· AKTIVITI : Pertandingan Bola Jaring mengikut kategori iaitu bawah 15 dan bawah 18 tahun
· ANJURAN : Majlis Sukan Sekolah Daerah Perak Tengah
· PERASMI: Penolong Pegawai  Sukan dan Permainan Daerah Tengah

PENGENALAN
Pertandingan Bola Jaring di antara sekolah-sekolah  menengah di Perak Tengah merupakan salah satu acara  tahunan yang  dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah. Ianya diadakan selama 3 hari di Padang KVSI dengan menggunakan  empat buah gelanggang. Pertandingan diadili oleh pengadil bola jarring dari sekolah-sekolah berhampiran. 

MATLAMAT
Selain daripada mencari pasukan bola jaring  terbaik bagi  mewakili daerah Perak Tengah, pertandingan ini juga dapat mengeratkan  hubungan di antara guru dan pelajar dari sekolah berhampiran. Pelajar  juga dapat memenuhi masa singgang dengan aktiviti yang bermanfaat kerana badan yang sihat dan cergas dapat menjadi pemangkin kepada otak yang cerdas.

PENUTUP
Semoga pertandingan yang diadakan mencapai matlamatnya dan pasukan yang mewakili    Perak Tengah  dapat  memperoleh  kejayaan.