Friday 8 November 2013

Restu Ilmu

PERINCIAN
· TARIKH : 1 November 2013
· MASA :  8.30 pg– 10.30 pg
· TEMPAT :  Padang Kawad dan Surau Asrama Putera dan Puteri, KVSI
· SASARAN :  Pelajar tingkatan 5 dan pensyarah KVSI
· AKTIVITI :  Ucapan, Majlis  Bersalaman dan Bacaan Yaasin
· ANJURAN :  Unit Kurikulum dan Unit Psikologi dan Kerjaya, KVSI
· PELAKSANAAN : Dilaksanakan di 3 lokasi iaitu ucapan dan majlis  bersalaman di     
                              Padang Kawad manakala bacaan Yaasin di Surau Al Ghazali bagi pelajar
                              dan pensyarah lelaki dan surau  aspuri bagi pelajar dan pensyarah  
                              perempuan
 
PENGENALAN
Majlis diadakan di Padang Kawad pada pagi Jumaat iaitu 1  November 2013.  Ucapan disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Afandi bin Megat Kasim selaku  Timbalan Pengarah    Akademik. Ketua Pengawas dari Lembaga Pengawas Kolej membacakan ucapan dalam bentuk akur janji bagi mewakili pelajar tingkatan 5 yang akan  menghadapi  peperiksaan SPM pada minggu hadapan. 

MATLAMAT
Tujuan majlis Restu Ilmu  adalah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memohon maaf daripada setiap pensyarah secara peribadi di samping memohon restu bagi ilmu yang      dicurahkan selama 2 tahun pelajar menimba ilmu di KVSI ini. 

PENUTUP
Semoga pelajar  tingkatan 5 bagi sesi 2013 ini memperoleh keputusan yang  cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. 










No comments:

Post a Comment