Monday 18 November 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

PERINCIAN
· TARIKH : 13 November 2013 (Jumaat)
· MASA :  8.30pg - 12.30tgh
· TEMPAT :  Surau AlGhazali bagi lelaki dan Surau Aspuri bagi perempuan
· SASARAN : Pensyarah dan pelajar KV serta SKM, KVSI
· AKTIVITI :  Teori dan  Amali Pengurusan Jenazah
· ANJURAN :  Panitia Pendidikan Islam
· PELAKSANAAN :   Ustaz Noh bin Nordin dari Masjid Sultan Yusuf Izuddin Shah dan Ustazah 
                                Habibah binti Abdu Kadir dari JAIPerak
 
PENGENALAN
Kursus Pengurusan Jenazah merupakan salah satu slot dalam program Semester Pendek pelajar aliran KV. Ianya melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah. Ianya terbahagi kepada dua  bahagian iaitu teori pengurusan jenazah dan amali di mana  pelajar  dijadikan  sebagai model.

MATLAMAT
Tujuan kursus adalah bagi memberi pendedahan kepada semua yang terlibat tentang    bagaimana untuk menguruskan jenazah. Di samping itu, ianya sebagai pengisian rohani agar dapat diseimbangkan dengan keperluan duniawi setiap insan.

PENUTUP
Diharap kursus pendek ini dapat menyuntik keinsafan dan kesedaran kepada setiap pensyarah dan pelajar  tentang perkara yang paling dekat dengan manusia iaitu kematian agar bekalan akhirat dapat dipersiapkan dalam bentuk  amalan.






No comments:

Post a Comment