Tuesday, 12 November 2013

Kursus Motivasi dan Peningkatan Staf

PERINCIAN
· TARIKH : 2-3 November 2013
· MASA : 2 hari 1 malam
· TEMPAT : Hotel Orient Star, Lumut
· SASARAN : Pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Ceramah dan Aktiviti Berkumpulan
· ANJURAN : Unit Pembangunan Staf
· PELAKSANAAN : Sektor Psikologi dan Kaunseling JPW, KL

PENGENALAN
Kursus melibatkan seramai 30 orang peserta dari kalangan pensyarah dan pegawai perkhidmatan kerajaan yang berkhidmat di Kolej Vokasional Seri Iskandar. Ianya dikendalikan oleh En Abdul Latif bin Yahaya dari Sektor Psikologi dan Kaunseling. 

MATLAMAT
Tujuan kursus   adalah bagi  menangani  masalah stres dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam di samping mewujudkan kerjasama berkumpulan dalam menghadapi sebarang masalah. 

PENUTUP
Diharap pihak pelaksana dapat mengambil kira faktor usia kumpulan sasaran dalam perancangan aktivitinya agar ianya lebih berkesan, lebih menceriakan, lebih realistik  dan  yang paling penting dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan semasa sesi pengajaran.







No comments:

Post a Comment