Monday, 18 November 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

PERINCIAN
· TARIKH : 13 November 2013 (Jumaat)
· MASA :  8.30pg - 12.30tgh
· TEMPAT :  Surau AlGhazali bagi lelaki dan Surau Aspuri bagi perempuan
· SASARAN : Pensyarah dan pelajar KV serta SKM, KVSI
· AKTIVITI :  Teori dan  Amali Pengurusan Jenazah
· ANJURAN :  Panitia Pendidikan Islam
· PELAKSANAAN :   Ustaz Noh bin Nordin dari Masjid Sultan Yusuf Izuddin Shah dan Ustazah 
                                Habibah binti Abdu Kadir dari JAIPerak
 
PENGENALAN
Kursus Pengurusan Jenazah merupakan salah satu slot dalam program Semester Pendek pelajar aliran KV. Ianya melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah. Ianya terbahagi kepada dua  bahagian iaitu teori pengurusan jenazah dan amali di mana  pelajar  dijadikan  sebagai model.

MATLAMAT
Tujuan kursus adalah bagi memberi pendedahan kepada semua yang terlibat tentang    bagaimana untuk menguruskan jenazah. Di samping itu, ianya sebagai pengisian rohani agar dapat diseimbangkan dengan keperluan duniawi setiap insan.

PENUTUP
Diharap kursus pendek ini dapat menyuntik keinsafan dan kesedaran kepada setiap pensyarah dan pelajar  tentang perkara yang paling dekat dengan manusia iaitu kematian agar bekalan akhirat dapat dipersiapkan dalam bentuk  amalan.






Tuesday, 12 November 2013

Lawatan Industri Pelajar Aliran KV

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR ALIRAN KV
TARIKH          :           7 November 2013 (Khamis)
MASA             :           9.00 pagi – 5.00 petang

        Pelajar Teknologi Kimpalan dan Jurukimpal Arka
Industri Yang Dilawati : LEKIR BULK TERMINAL (LUMUT PORT), Seri Manjung



Pelajar Pengurusan Perniagaan
Industri Yang Dilawati : PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC), Ipoh



Pelajar Automotif
Industri Yang Dilawati : PROTON EDAR, Taiping



Pelajar Pemesinan Industri
Industri Yang Dilawati : Petro Sains dan Pusat Sains, Kuala Lumpur


Pelajar Tukang Penyamanan Udara
Industri Yang Dilawati : ILP, Ipoh






Pelajar Elektrik
Industri Yang Dilawati :  STESEN JANAKUASA ROBINSON HALLS,
             Cameron Hihglands, Pahang





Kursus Motivasi dan Peningkatan Staf

PERINCIAN
· TARIKH : 2-3 November 2013
· MASA : 2 hari 1 malam
· TEMPAT : Hotel Orient Star, Lumut
· SASARAN : Pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Ceramah dan Aktiviti Berkumpulan
· ANJURAN : Unit Pembangunan Staf
· PELAKSANAAN : Sektor Psikologi dan Kaunseling JPW, KL

PENGENALAN
Kursus melibatkan seramai 30 orang peserta dari kalangan pensyarah dan pegawai perkhidmatan kerajaan yang berkhidmat di Kolej Vokasional Seri Iskandar. Ianya dikendalikan oleh En Abdul Latif bin Yahaya dari Sektor Psikologi dan Kaunseling. 

MATLAMAT
Tujuan kursus   adalah bagi  menangani  masalah stres dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam di samping mewujudkan kerjasama berkumpulan dalam menghadapi sebarang masalah. 

PENUTUP
Diharap pihak pelaksana dapat mengambil kira faktor usia kumpulan sasaran dalam perancangan aktivitinya agar ianya lebih berkesan, lebih menceriakan, lebih realistik  dan  yang paling penting dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan semasa sesi pengajaran.







Kejohanan Olahraga, Balapan dan Padang

PERINCIAN
· TARIKH :  30 Oktober 2013
· MASA :  9.00 pg - 12.00 tgh
· TEMPAT :  Padang, KVSI
· SASARAN :  Pelajar aliran KV   semester 2 dan tingkatan 4SKM
· AKTIVITI :   Acara olahraga, balapan dan padang
· ANJURAN :  Unit Sukan dan KoKurikulum, KVSI
· KEPUTUSAN :  Olahragawan  -  Muhammad Imran Syahmi bin Zulkafli 
                          Olahragawati  -   Nur Afifah bt Mohd Ali                         
                          Johan Keseluruhan  -  Rumah Hijau (Jabatan Mekanikal)
 
PENGENALAN
Kejohanan Olahraga, Balapan dan Padang  peringkat KVSI telah  diadakan dengan   jayanya pada 30 Oktober dan hanya melibatkan pelajar aliran KV dan SKM. 

MATLAMAT
Kejohanan diadakan sebagai salah satu pengisian bagi program semester pendek   pelajar  aliran KV. Ianya juga bertujuan untuk  menonjolkan pelajar yang berkebolehan dalam  bidang sukan agar bakat mereka dapat terus terserlah.

PENUTUP
Walaubagaimanapun diadakan dalam suasana yang agak lengang kerana ianya hanya melibatkan segelintir pensyarah, suasana keseluruhan agak memuaskan dan pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang amat baik.










Friday, 8 November 2013

Pengosongan Bangunan

PERINCIAN
· TARIKH :  29 Oktober 2013
· MASA :   9.00  - 11.00 pg
· TEMPAT :  Padang, KVSI
· SASARAN :  Pelajar aliran KV  semester 2 dan tingkatan 4SKM
· AKTIVITI :  Taklimat dan demonstrasi  kebakaran
· ANJURAN :  Pihak Pengurusan, KVS·
 PELAKSANAAN :  Aktiviti  dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba Daerah                                                        Perak Tengah

PENGENALAN
Kawad kebakaran yang kini telah ditukarkan istilahnya kepada Pengosongan Bangunan telah  dilaksanakan  sebagai salah satu program dalam  semester pendek 2013. 

MATLAMAT
Tujuan utama latihan pengosongan bangunan ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi masalah kecemasan khasnya yang melibatkan kebakaran. Dengan latihan ini, pelajar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapai keadaan sebenar yang melibatkan kebakaran. 


PENUTUP
Semoga latihan sebegini dapat  memberi kesedaran kepada pelajar agar bersama-sama menjaga keselamatan diri dan orang lain apabila berdepan dengan keadaan kecemasan.











Restu Ilmu

PERINCIAN
· TARIKH : 1 November 2013
· MASA :  8.30 pg– 10.30 pg
· TEMPAT :  Padang Kawad dan Surau Asrama Putera dan Puteri, KVSI
· SASARAN :  Pelajar tingkatan 5 dan pensyarah KVSI
· AKTIVITI :  Ucapan, Majlis  Bersalaman dan Bacaan Yaasin
· ANJURAN :  Unit Kurikulum dan Unit Psikologi dan Kerjaya, KVSI
· PELAKSANAAN : Dilaksanakan di 3 lokasi iaitu ucapan dan majlis  bersalaman di     
                              Padang Kawad manakala bacaan Yaasin di Surau Al Ghazali bagi pelajar
                              dan pensyarah lelaki dan surau  aspuri bagi pelajar dan pensyarah  
                              perempuan
 
PENGENALAN
Majlis diadakan di Padang Kawad pada pagi Jumaat iaitu 1  November 2013.  Ucapan disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Afandi bin Megat Kasim selaku  Timbalan Pengarah    Akademik. Ketua Pengawas dari Lembaga Pengawas Kolej membacakan ucapan dalam bentuk akur janji bagi mewakili pelajar tingkatan 5 yang akan  menghadapi  peperiksaan SPM pada minggu hadapan. 

MATLAMAT
Tujuan majlis Restu Ilmu  adalah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memohon maaf daripada setiap pensyarah secara peribadi di samping memohon restu bagi ilmu yang      dicurahkan selama 2 tahun pelajar menimba ilmu di KVSI ini. 

PENUTUP
Semoga pelajar  tingkatan 5 bagi sesi 2013 ini memperoleh keputusan yang  cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. 










Wednesday, 6 November 2013

Motivasi Pecutan Terakhir

PERINCIAN
· TARIKH :  20 Oktober 2013
· MASA :  8.30 pg- 1.00 tgh
· TEMPAT :  Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN :  Semua pelajar  tingkatan 5
· AKTIVITI :  Ceramah motivasi
· ANJURAN :  Unit Psikologi dan Kerjaya
· PELAKSANAAN :  Penceramah Jemputan, YM Raja Shamri bin Raja Husin dari Golden 
                               Mines Consultant, Kelantan

PENGENALAN
Program ini diadakan pada hari Ahad sebagai usaha terakhir pihak kolej untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan  pelajar tingkatan 5. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan, YM  Raja Shamri bin Raja Husin. 

MATLAMAT
Program bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri pelajar khasnya tingkatan 5 bagi menghadapi peperiksaan SPM yang bakal diduduki agar pelajar dapat membahagikan baki masa yang ada dengan lebih bijak dan teratur. 

PENUTUP
Dengan input yang diberi, diharap pelajar mendapat kekuatan  untuk terus berusaha demi kecemerlangan diri dan masa depan masing-masing.








Aktiviti Semester Pendek

PERINCIAN
· TARIKH : 21 Oktober - 15   November  2013
· MASA :  8.00 pg– 5.00 ptg
· TEMPAT : KVSI
· SASARAN : Semua pelajar aliran KV dan SKM
· AKTIVITI : Ceramah,  pembentangan modul, sukan, lawatan industri dan kerjaya, karnival 
                   seni dan  kebudayaan serta gotong-royong
· ANJURAN : Pengurusan kolej
· PELAKSANAAN : Program diatur mengikut jadual yang dirancang dan dikendalikan oleh 
                               AJK khas yang dibentuk

PENGENALAN
Program Semester Pendek ini adalah sebagai pengisian aktiviti pelajar aliran KV dan SKM yang telah selesai menjalani  peperiksaan akhir semester 2.  Ianya melibatkan hampir semua unit di KVSI. 

MATLAMAT
Program  diadakan  dalam   pelbagai  bentuk bagi  merealisasikan hasrat dalam  Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi    jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

PENUTUP
Semoga pelajar dapat menggunakan  peluang melalui program yang diadakan sepanjang semester pendek ini untuk menonjolkan  potensi diri dari pelbagai aspek.