Wednesday 17 May 2023

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KVSI

 


NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR KALI KE-32 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu, pihak kolej menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Seri Iskandar kali ke-32 yang akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Bestari, KVSI 3. Tuan/Puan juga boleh mengemukakan usul dan cadangan serta mengesahkan kehadiran melalui pautan google form berikut https://forms.gle/q8ZBeVwGtadmVUUZ6 4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan/puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Mohon tuan/puan untuk mengesahkan kehadiran dan mengemukakan usul dan cadangan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2023 (Jumaat). Usul yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar amatlah digalakkan. 5. Kehadiran tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment