Friday 25 October 2013

'Outreach'

PERINCIAN
· TARIKH :  Mulai 18 Oktober - awal November 2013
· MASA :  9.00 pg- 12.00 tgh
· TEMPAT :  KVSI dan ‘road show’ ke sekolah berhampiran
· SASARAN :  Pelajar tingkatan 3 dari sekolah  berhampiran khasnya sekitar   Perak Tengah
· AKTIVITI :  Ceramah dan  lawatan ke bengkel
· ANJURAN :  Unit Perhubungan Awam
· PELAKSANAAN :  Ceramah  disampaikan oleh wakil pihak  pengurusan  berdasarkan cd 
                                yang disediakan oleh AJK khas  dan lawatan di bengkel dikendalikan 
                                oleh ketua bengkel atau wakil

PENGENALAN
Program ‘Outreach’ peringkat KVSI telah dilaksanakan dalam dua bentuk di mana pelajar dari sekolah berhampiran dijemput untuk melihat sendiri prasarana di kawasan bengkel di samping mendengar  penerangan dalam bentuk ceramah, dan pelaksanaan keduanya adalah di mana pensyarah dari KVSI  mengadakan ‘road show’ ke sekolah yang  berminat untuk memberi input mengenai KVSI. 

MATLAMAT
Program ‘Outreach’ di peringkat kolej ini bertujuan untuk memberikan maklumat kolej kepada pelajar setempat yang  mungkin tidak berpeluang hadir ke pelancarannya bagi peringkat   kebangsaan di KV Teluk Intan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan  enrolmen pelajar di KVSI bagi semester akan datang. 

PENUTUP
Diharap dengan input yang diberi secara terus oleh pensyarah dari KVSI sendiri, ianya dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk  menyambung pelajaran  dalam bidang kemahiran di KVSI ini, Amin!






Kursus Asas Kimpalan

PERINCIAN
· TARIKH : 12 Oktober 2013
· MASA :  8.00 pg– 5.00 ptg
· TEMPAT :  Bengkel KFL
· SASARAN :  Semua pensyarah Automotif, KVSI
· AKTIVITI : Penerangan  dan  perbengkelan
· ANJURAN : Unit Teknologi  Automotif, KVSI
· PENGAJAR : Pensyarah dari Panitia KFL iaitu Tn Hj Sayed Nasir bin Hj Ngaini dan 
                        En Amran bin Khalid yang bertindak  sebagai  penceramah dan fasilitator


PENGENALAN
Kursus Asas Kimpalan melibatkan pensyarah dari Unit Teknologi Automotif seramai 7 orang. Ianya diadakan di bengkel    Kimpalan dan Fabrikasi Logam dan dikendalikan oleh dua orang pensyarah bengkel berkenaan. 

MATLAMAT
Ianya bertujuan untuk memberi kemahiran dan pengetahuan    dalam modul Asas Kimpalan agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan betul dan lancar. 

PENUTUP
Semoga pensyarah dapat mengaplikasikan pengetahuan dan  kemahiran yang diperolehi dalam pengajaran masing-masing.








Majlis Graduasi Pelajar SKM

PERINCIAN
· TARIKH :  19 Oktober 2013
· MASA :  8.00 pg– 5.00 ptg
· TEMPAT :  KV Slim River
· SASARAN : Semua pelajar  aliran SKM
· AKTIVITI : Raptai, ucapan dan  penyampaian sijil graduasi
· ANJURAN : Unit Kurikulum, KV di negeri Perak
· PELAKSANAAN : Pensyarah yang  terlibat dalam mengajar pelajar aliran SKM
· PERASMI :  YBHG Prof Dato Dr Zakaria bin Kasa D.S.D.K (NC UPSI)

PENGENALAN
Majlis Graduasi Pelajar SKM bagi 2013 ini telah diadakan di KV Slim River dan melibatkan seramai 60 orang pelajar lelaki kesemuanya yang diringi oleh 3 orang pensyarah.

MATLAMAT
Program bertujuan unruk memberi pengiktirafan kepada pelajar aliran SKM yang telah selesai menjalani latihan intensif selama dua tahun bagi memperoleh  kemahiran  dalam bidang yang dipilih. 

PENUTUP
Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga pelajar dapat menggunakan   kemahiran yang diperolehi untuk meningkatkan produktiviti dan  kemakmuran negara.









KAPAK (Karnival Permainan Antara Kursus)

PERINCIAN
· TARIKH : 19 Oktober 2013
· MASA :  8.00 pg- 1.00 tgh
· TEMPAT : Padang KVSI
· SASARAN : Semua pelajar aliran KV semester 2 dan tingkatan 4SKM
· AKTIVITI : Bola sepak, bola jaring, petanque, sepak takraw
· ANJURAN : Unit Sukan dan Ko-kurikulum
· PELAKSANAAN : Program  menggabungkan tenaga penggerak dari kalangan pensyarah 
                              dan  pelajar

PENGENALAN
Karnival Permainan Antara Kursus atau KAPAK dilaksanakan sebagai  pengisian hari sekolah ganti. Semua pelajar aliran KV dan SKM dilibatkan bagi menjayakan karnival sama ada sebagai peserta ataupun AJK Pelaksana.

MATLAMAT
Tujuan utama karnival adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang sememangnya mempunyai  potensi dalam bidang sukan menonjolkan kebolehan masing-masing. Di samping itu, ianya sebagai pengisian memandangkan beberapa orang  pensyarah terlibat dengan program lain yang berjalan serentak dan juga bagi  mengurangkan stres pelajar yang baharu selesai menghadapi  peperiksaan.

PENUTUP
Semoga pengisian sebegini dapat meningkatkan disiplin pelajar dengan  bersaing secara sihat melalui kerjasama yang terancang.






Tuesday 15 October 2013

Majlis Interaksi, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin

PERINCIAN
· TARIKH : 11 Oktober 2013 (Jumaat)
· MASA :  8.00 - 12.00 tgh
· TEMPAT :  Surau Al Ghazali dan Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Pelajar tingkatan 5, KVSI
· AKTIVITI : Pendaftaran,  Majlis Interaksi, Jamuan,  Solat Hajat dan Bacaan Yaasin
· ANJURAN : Unit Psikologi dan Kerjaya
· PELAKSANAAN : AJK khas yang dibentuk dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Kolej

PENGENALAN
Majlis Interaksi diadakan untuk kali keduanya (dahulunya dikenali sebagai Hari Bertemu Waris) bagi membincangkan masalah pelajar dalam bidang pelajaran bersama penjaga yang hadir. Ianya diadakan bersama program solat hajat dan bacaan Yaasin. 

MATLAMAT
Selain membincangkan masalah pelajaran pelajar, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ibu bapa atau penjaga dan pensyarah agar sama-sama dapat menangani masalah keciciran dan memberi motivasi agar anak-anak berasa dihargai. 

PENUTUP
Walaupun majlis diadakan pada hari bekerja, kehadiran ibu bapa dan penjaga adalah amat menggalakkan. Ini menunjukkan keprihatian dan harapan semua pihak terhadap pencapaian pelajar.  Semoga kejayaan menanti pelajar SPM tahun 2013 kali  ini berkat do’a dan usaha yang tidak mengenal jemu dari semua pihak yang terlibat.










Monday 14 October 2013

Lawatan Pelajar Automotif

PERINCIAN
· TARIKH :  2 Oktober 2013 (Rabu)
· MASA :  12.00 tgh—8.00 mlm
· TEMPAT :  Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
· SASARAN :  Pelajar tingkatan 5 AUTO, KVSI
· AKTIVITI :  Kursus Penjajaran dan Penyelenggaraan Tayar
· ANJURAN :  Panitia Automotif
· PELAKSANAAN :  En Mohd Nazir  Ismail dan En Mohamad Hairunnizam Murad selaku 
                               pensyarah  pengiring



PENGENALAN
Program latihan Amali Penjajaran Roda dan Penyelenggaraan Tayar bagi pelajar tingkatan 5 Automotif telah diadakan dengan kerjasama pihak fakulti automotif dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Ianya melibatkan seramai 36 orang pelajar lelaki.

MATLAMAT
Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang latihan amali sebenar di samping memberi pendedahan kepada  pelajar tentang penggunaan peralatan dan mesin dengan betul.

PENUTUP
Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada pelajar agar mereka dapat melihat peluang kerjaya yang luas menanti mereka di luar sana.







PESKAT

PERINCIAN
· TARIKH :  26, 27 - 29 September 2013 (Khamis, Jumaat - Ahad)
· MASA :  3 hari 2 malam
· TEMPAT :  Ipoh Parade, Ipoh (Bowling), KV Padang Rengas
· SASARAN : Pensyarah KV Negeri Perak· AKTIVITI :  Bowling, bola sepak, 
                     badminton, ’mountain bike’,  bola jaring, petangue, bola  tampar  
· ANJURAN :  Unit Sukan dan  Kokurikulum, KV Negeri Perak
· KEPUTUSAN :  Johan badminton (L), ke-3 badminton (P), ke-3 petanque VIP (L), johan 
                               petanque VIP (P), naib johan  bowling berpasukan, naib johan dan ke-3 
                               bowling individu, naib johan mountain bike (veteran), ke-3 mountain (senior) 
                               dan ke-4 bola sepak
 
PENGENALAN
PESKAT (Pesta Sukan dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan Teknik) 2013 diadakan di dua lokasi yang berlainan iaitu di Ipoh Parade pada 26 September bagi pertandingan bowling dan KV Padang Rengas dari 27- 29  September. Ianya melibatkan pensyarah dari seluruh KV di negeri Perak.

MATLAMAT
Selain daripada bertindak sebagai wadah untuk beriadah, tujuan PESKAT adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pensyarah di kolej vokasional di negeri Perak khasnya dan  seluruh tanahair amnya. Ianya juga dapat mencungkil potensi terpendam dalam diri  pensyarah yang mengambil  bahagian.

PENUTUP
Tahniah kepada pasukan yang berjaya. Semoga lebih sihat dan ceria dalam  menjalani           kehidupan dalam  bidang pendidikan. 











Sunday 13 October 2013

Jom Skor A

PERINCIAN
· TARIKH :  Mulai September - Oktober 2013
· MASA :  8.00 - 10.00 mlm
· TEMPAT : Bilik Matematik, Bilik Kemanusiaan dan Bilik PPSMI
· SASARAN : Seramai 20 orang pelajar tingkatan yang disasarkan ‘straight A’
· AKTIVITI :  Latih tubi secara intensif
· ANJURAN :  Unit Kurikulum, KVSI dengan  kerjasama MPK (Majlis  Permuafakatan Kolej)
· PELAKSANAAN :  Program melibatkan 3 subjek yang agak kritikal iaitu Matematik, Bahasa
                               Inggeris dan Sejarah 


PENGENALAN
Program ‘Jom Skor A’ merupakan satu lagi program anjuran Unit Kurikulum dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Kolej. Ianya hanya melibatkan tiga subjek akademik yang dianggap kritikal apabila dilihat dari segi prestasi pencapaian pelajar.

MATLAMAT
Tujuan utama program ini    adalah untuk memberi tunjuk ajar dan latih tubi secara intensif dan lebih berfokus kepada kumpulan pelajar yang mempunyai latar belakang  pencapaian yang hampir sama.

PENUTUP
Semoga usaha yang dilaksanakan memberi manfaat dan dapat membimbing pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkeyakinan.