Monday 24 June 2013

Majlis Sambutan Puan Pengarah KVSI

PERINCIAN :
· TARIKH : 10 Jun 2013 (Isnin)
· MASA : 2.30 - 3.30 ptg
· TEMPAT : Dewan Makan  Aspuri, KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan Timbalan  Pengarah   
                           Akademik, ucapan Puan Pengarah, Jamuan makan
· ANJURAN : Unit Perhubungan Awam           
· YANG DIRAIKAN : Cik Noor Jasmin bt Janan, Puan Pengarah KVSI


PENGENALAN :
Majlis sambutan Puan Pengarah baharu, Cik Noor Jasmin binti Janan telah diadakan pada 2.30 petang di Dewan Makan Aspuri. Terdapat seramai lebih kurang 30 orang pensyarah dan pegawai perkhidmatan kerajaan beserta pelajar dari Kolej Vokasional Kulim mengiringi Puan Pengarah.


MATLAMAT :
Tujuan majlis sambutan diadakan adalah bagi memperkenalkan Puan Pengarah kepada pensyarah dan pegawai perkhidmatan kerajaan di KVSI di samping melihat prasarana di sekeliling KVSI.


PENUTUP :
Semoga pendedahan ringkas kepada organisasi dan prasarana KVSI dapat  memberi  inspirasi kepada Cik Noor Jasmin untuk terus menerajui KVSI ke arah kecemerlangan.


Rombongan dari KV Kulim
Puan Pengarah KVSI yang baharu, Cik Noor Jasmin bt Janan

Menjamu selera di Dewan Makan Aspuri








Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah BPTV

PERINCIAN :
· TARIKH : 9 Jun 2013 (Ahad)
· MASA : 9.00 pg– 11.30 pg             
· TEMPAT : Bilik Mesyuarat KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Taklimat oleh Tn Pengarah BPTV
· ANJURAN : Pengurusan kolej            
· PENYAMPAI TAKLIMAT : Tn. Hj. Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah BPTV


PENGENALAN :
Majlis bersama Tuan Pengarah BPTV telah dihadiri oleh hampir 80% pensyarah KVSI meskipun ianya diadakan pada hari Ahad.
   Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan diikuti oleh ucapan Tuan Pengarah KVSI, Tn Hj Mohd  Fathilah bin Mohd Noor dan bakal pengarah KVSI, Cik Noor Jasmin bt Janan dan seterusnya taklimat Tuan Pengarah BPTV.
  Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin bin Jab menyentuh mengenai keperluan transformasi sekolah vokasional kepada kolej vokasional bagi mengisi kekosongan tenaga mahir yang berkemahiran dalam bidang pekerjaan.


MATLAMAT :
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi maklumat yang jelas dan terkini mengenai hasrat yang tersirat di sebalik  transformasi pendidikan vokasional. Di samping itu, ianya merupakan peluang yang sesuai bagi warga KVSI untuk mendekati tuan pengarah BPTV dengan lebih dekat.


PENUTUP :
Semoga maklumat yang disampaikan secara langsung oleh Tuan Pengarah BPTV dapat menyuntik semangat baharu kepada para pensyarah bagi merealisasikan agenda transformasi ini demi masa depan pelajar.



Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin b Jab diapit oleh mantan Tuan Pengarah KV Seri Iskandar  dan Puan Pengarah KV Seri Iskandar

Sebahagian pensyarah yang hadir