Saturday 20 October 2018

JOM MASUK KVSI BAGI SESI 2019




Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional Seri Iskandar 2019  
(Ambilan Januari)
Khas untuk lepasan PT3 2018


PROGRAM YANG DITAWARKAN:
ü  Teknologi Elektrik
ü  Teknologi Elektronik
ü  Teknologi Automotif
ü  Teknologi Kimpalan
ü  Teknologi Pembinaan
ü  Teknologi Pemesinan Industri
ü  Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
ü  Pengurusan Perniagaan

Syarat umum kemasukan
§  Calon adalah Warganegara Malaysia;

§  Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan  Kerajaan di bawah kelolaan KPM;

§  Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);

§  Calon sihat tubuh badan;

§  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh  mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);

§  Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA /  BUTA WARNA;

§  Calon bebas daripada masalah mental;

§  Calon berminat dengan program yang dipohon.

Syarat khusus kemasukan
Calon memperoleh sekurang-kurangnya:
§  Gred D bagi mata  pelajaran Bahasa Melayu (Keputusan PT3);

§  Gred D bagi  mata  pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3);
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan  Kemahiran Hidup (Pentaksiran  Sekolah-PS).


Permohonan perlu dibuat secara atas talian di www.moe.gov.my

Permohonan dibuka mulai:
15 Oktober 2018 – 20 Disember 2018 (sehingga jam 11.59 malam)


AYUH!! MENDAFTARLAH SEKARANG!!

No comments:

Post a Comment