Saturday 25 May 2013

Mesyuarat Agung KGKT

PERINCIAN :
· TARIKH : 8 Februari 2013 (Jumaat) 
· MASA : 12.00 - 12.35 tgh    
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI

· SASARAN : Semua pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Pembentangan  minit mesyuarat dan kewangan KGKT; Pembubaran                     
                   jawatankuasa KGVT 2012; Pelantikan jawatankuasa KKS (Kelab Kebajikan Staf           
                   menggantikan KGKT) KVSI
· ANJURAN : Jawatankuasa KGKT 2012
· PENGERUSI : En Mohd Sobri Husin, Pengerusi KGKT 2012, KVSI 

PENGENALAN :
Mesyuarat agung KGKT telah diadakan pada hari Jumaat (8 Februari 2013)    bagi  memberi  laluan  kepada   pembubaran jawatankuasa KGKT bagi  sesi 2012 dan  seterusnya melantik jawatankuasa baru 2013 yang diberi nama KKS (Kelab Kebajikan Staf) bersesuaian dengan imej kolej.
Mesyuarat dihadiri oleh hampir semua pensyarah dan pegawai perkhidmatan kerajaan dan dipengerusikan pada mulanya oleh En Mohd Sobri Hussin selaku pengerusi  KGKT 2013 dan seterusnya diambil alih oleh En Abdul   Karim Jaafar selaku pengerusi  sementara yang kemudiannya dilantik secara sebulat suara sebagai pengerusi KKS bagi sesi 2013. 

MATLAMAT :
Selain daripada itu, mesyuarat juga  bertujuan untuk membincangkan isu   berbangkit mengenai aktiviti dan program KGKT yang dirancang dan telah dilaksanakan  sepanjang 2012. 

PENUTUP :
Semoga jawatankuasa baru yang dilantik dapat merancang dan melaksanakan aktiviti yang berfaedah bagi semua warga KVSI.  

Pengerusi KKSK, Encik Abdul Karim Jaafar
Di antara barisan ahli kelab KGKT 2012
Di antara barisan ahli kelab KGKT 2012

No comments:

Post a Comment